| FORUM | | GEMPAKZ | | LIRIK | | KARAOKE | | PROMOSI | | MyGK | | OSH |

+++++ JEMPUT UNTUK KLIK LIKE @ SHARE ARTIKEL~ +++++

Jumaat, 23 Mac 2012

WOW: Kursus Ijazah Pertama Kejuruteraan Nuklear Pertama di Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sebenarnya aku nak lahirkan rasa bangga aku terhadap Universiti Teknologi Malaysia, UTM yang akan menawarkan bidang Kejuruteraan Nuklear bermula sem hadapan. Bidang ini merupakan yang pertama seumpamanya ditawarkan di malaysia. Sebagai seorang warga UTM, aku memang bangga dengan pencapaian ini. Jom baca berita penuh:

JOHOR BAHRU – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menawarkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Nuklear mulai September depan, bagi sesi akademik 2012/2013.

Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Dr Ir Zaini Ujang berkata, kursus itu adalah yang pertama ditawarkan di negara ini.

Pada majlis serah tugas di Dewan Bangunan Canseleri UTM, Dekan Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) Profesor Dr Rose Alinda Alias dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), bagi menggantikan Profesor Ir Dr Mohd Azraai Kassim yang kini dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi) berkuat kuasa 16 Januari lalu.

Zaini juga berkata seramai 30 pelajar akan dipilih untuk melanjutkan pengajian dalam kursus tersebut selama empat tahun di kampus utama UTM Skudai. Kursus tersebut juga dibuka kepada pelajar antarabangsa tetapi hanya untuk sebilangan kecil sahaja.

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

2 ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Mr.PiNGu. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PENGUNJUNG

Recent Comments Widget
Search