Assalamualaikum semua..
Nurul Nadhirah Abdullah.. itulah nama seorang kanak-kanak berusia 5 tahun yang dibunuh kejam tanpa peri kemanusiaan. Kanak-kanak ini hilang ketika turun ke bawah rumah pangsanya untuk membeli megi dan makanan ringan. Yang saya pelik mengapalah kanak-kanak sekecil ini dibenarkan keluar sesuka hati ke bawah blok seorang diri??
berbalik kepada kisah pembunuhannya, menurut berita yang dilaporkan, kanak-kanak ini telah ditemui dibunuh dan mayatnya dibakar lalu di tanam di satu kawasan ladang. Apakah salah dan dosa kanak-kanak ini? apakah motif pembunuhannya? Dikatakan terdapat 5 individu yang mendalangi pembunuhan ini dan salah seorang yang telah disoal siasat adalah bapa kandung kanak-kanak ini sendiri?? Apakah ertinya?
Saya tak dapat lihat motif sebenar pembunuhan ini. Mungkin kanak-kanak ini dirogol lalu dibunuh. Kasihan sungguh nasibnya. Akan tetapi, perlukah sehingga membunuh? Atau mereka merogol kanak-kanak ini sehingga beliau menemui ajalnya? nak sembunyikan bukti dibakar mayat kanak-kanak ini lalu ditanam.
Ini bukan kes pertama berlaku di sekitar johor bahru malahan beberapa bulan sebelum ini pun berlaku kisah yang hampir sama. Lagi dasyat kerana kepala telahpun dipisahkan daripada tubuhnya. Kejamnya manusia.
Kisah ini patut dijadikan pengajaran buat semua. Jagalah anak-anak anda. Kelak jika dah ditimpa musibah maka anda juga yang akan menyesal dan merana seumur hidup. Sekian sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^