JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

HEHE: Debaran Ambil Keputusan SPM 2001.. satu kenangan terindah Mr.PiNGu

Assalamualaikum..

Hari ini, 21 mac 2012 adik-adik kita yang mengambil SPM sesi 2011 akan mula mengambil result SPM. saya yakin ramai yang berdebar-debar, cemas dan sebagainya untuk mengetahui apakah keputusan SPM yang bakal mereka dapat. Walaubagamana keputusan yang anda dapat, itu adalah daripada semua usaha yang anda lakukan dan juga rezeki. Kalau bagus tahniah diucapkan kalau kurang bagus usaha lagi jangan berputus asa.


Ingatan saya tiba-tiba mengimbau ke zaman lampau. 2002.. iaitu 10 tahun lalu merupakan saat dimana saya juga berada di situasi sama dengan adik-adik hari ini. Gemuruh berdebar-debar nak mengambil result SPM. pada masa itu, saya bekerja di stesyen minyak Petronas tak jauh daripada sekolah dan saya hanya dibenarkan mengambil keputusan spm saya selepas 11 pagi.

Pada masa yang sama, sahabat baik saya juga bekerja di tempat yang sama akan tetapi disebabkan kekurangan kakitangan maka hanya saya dibenarkan keluar dahulu mengambil result SPM.

Sampai sahaja di sekolah, saya lihat ramai sudah rakan-rakan saya berada di sekolah dan saya lihat mereka begitu teruja mendapat tahu keputusan SPM masing-masing. Kemudian, seorang sahabat saya dengan teruja menerpa kepada saya dan mengucapkan tahniah. Saya rasa pelik sebab mengapa dia macam tahu sahaja keputusan peperiksaan saya. Rupa-rupanya ayah dia yang merupakan seorang cikgu di sekolah saya telah bertindak print semua result SPM yang ada. masa tu dia print guna kertas yang cukup panjang dan banyak result terpampang disitu. So masing-masing boleh lihat result kawan-kawan lain. Memang hampeh la sangat kan?

Akan tetapi, saya terkejut dan memanjatkan kesyukuran kerana memperoleh keputusan yang sangat cemerlang. dan saya difahamkan saya mendapat keputusan paling cemerlang selepas seorang pelajar cina yang sudah diketahui kehebatannya sejak peperiksaan sekolah. saya tak sangka saya dapat keputusan sebegitu. Hampir kesemua subjek saya mendapat 1A! Ini merupakan kali pertama saya memperoleh keputusan sebaik ini. Bersyukur kepada Allah.

Selepas itu, saya menemui cikgu-cikgu yang mengajar saya dan masing-masing mengucapkan tahniah dan bangga atas kejayaan saya. Inilah saat yang paling manis yang pernah saya rasai ketika itu. Kemudian, saya pun kembali bekerja di stesen minyak itu. Kawan saya pula berdebar-debar kerana dia belum ambil keputusan dia lagi.

Walaupun saya bukanlah pelajar yang ditarget untuk memperoleh keputusan terbaik, namun saya bangga dapat mengatasi rakan saya yang selama ini dipuji atas kehebatan akademiknya. Mungkin nasib tidak menyebelahi beliau semasa SPM sebenar. Akan tetapi, kawan saya itu tidak berputus asa. Sekarang pun dah berjaya menjadi peguam. Kejap sahaja masa berlalu kan?

Sekian sahaja tentang Result SPM. Saya juga sedang berdebar-debar menanti keputusan SPm pelajar-pelajar kelas tambahan yang saya ajar tahun lepas. Diharap semua berjaya dengan cemerlang.

2 ulasan:

  1. @adam razzor

    wahaha adam dh masuk sini yer... kehkehkeh malu malu malula.. hehe just teringat kenangan lalu je

    BalasPadam

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^