Aku bukanlah peminat mawi tapi suka gak la dengar sebahagian lagu-lagu dia ni. Apabila membaca kisah mawi yang mana rumahnya dimasuki perompak aku cukup kesian la mendengarnya. Dikatakan mawi sendiri diikat oleh perompak tersebut. Sungguh tak berhati perut la orang sekarang yang ambil jalan mudah melakukan rompakan untuk hidup senang.
Dalam kejadian tersebut, isteri dan ibunya berada dirumah. Mujur semua selamat dan tidak diapa-apakan. Kerugian dianggarkan melebihi RM 10,000. Kejadian pecah rumah ni patut dijadikan iktibar. Kita diminta berhati-hati walaupun berada dirumah. Saya yakin perompak-perompak ini akan menyasarkan mereka yang memiliki rumah mewah kerana mereka sudah pasti mempunyai harta yang banyak. namun begitu, rumah yang kecil pula jangan pandang ringan hal ini. kemungkinan rumah anda dimasuki perompak juga besar. Perompak ni tak kisah asalkan mereka dapat merompak.
Merompak satu hal kalau melibatkan jenayah lain iaitu merogol mangsa rompakan dan membunuh mangsa lagi teruk. Apa-apapun sentiasa memastikan keselamatan di rumah anda terjamin untuk mengelakkan kejadian tidak diingini seperti ini terjadi ke atas anda. Sekian sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^