Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Harini buka Facebook macam-macam orang update pasal pembatalan skim yang hangat diperkatakan sebelum ini iaitu SBPA atau lebih dikenali sebagai Skim Baru Perkhidmatan Awam telah diumumkan dibatalkan pada hari ini oleh Perdana menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak. Namun begitu, sistem saraan lama dibawah SSM akan dipertingkatkan dengan kenaikan sehingga 13% untuk Gred perkhidmatan 1-54, 9% untuk Gred Jusa (A, B dan C), dan 8% untuk Turus (2 and 3), dan 7% untuk Turus 1 dan ketua setiausaha.
Apa pandangan anda? Bagi saya Ok. Sebab sebelum ini SBPA menimbulkan pelbagai debat di kalangan kakitangan awam (ada yang puashati dan ada yang tidak) dan juga kakitangan swasta yang juga bising (kerana cemburu mungkin?).
Sistem Saraan lama yang akan dibaik pulih dilihat positif dan diterima oleh sebahagian besar kakitangan awam kerana dilihat lebih adil. Saya sebagai seorang penjawat awam juga menerima seadanya. Dah buat kira-kira tadi dapatlah kenaikan dalam RM 300+. Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah. dapatlah juga cover hutang-hutang saya yang banyak itu.
Semoga sistem SSM baru itu dilaksanakan secepat mungkin. Insya-Allah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^