Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. WeLCoMe to my iGLoO!
Oleh sebab den tengah rajin nak menggerakkan jari jemari petang ini, maka dengan ini den menyahut seruan rakan blogger yang bernama lOQMAN hAKIM untuk menyertai segmen JOM BERKENALAN. ok.. Den akan jawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan seeloknya~ hehe..
berikut merupakan soalan yang telah dikemukakan dalam segmen ini:
1) Apakah status anda (Single,berpunya,berkahwin,bercerai)..ceritakan sedikit
Status yer? hehe saya single lagi. maksudnya belum berkahwinlah.. Single and still available.. sape-sape nak try boleh la masuk haha...
2) Ceritakan tentang diri anda (cth:asal..pekerjaan..belajar katna..bil anak.cita2..bla2.bla..)
Hehe.. cerita sedikit ya? OK.. sedikit jer.. ^_^
Oklah.. Den berasal dari Batu Pahat Johor. Berusia 26 Tahun. Dulu-dulu masa kecik den belajar kat sekolah Tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah sekitar Batu Pahat.. Pastu Den masuk satu Kolej kat Melaka.. Pastu Den amek degree.. Pas Degree Den teruskan ke peringkat Sarjana. Den pelajar lepasan Sarjana Kejuruteraan dari Universiti di Selatan Tanahair. Insya-Allah Tahun 2011 Den teruskan ke Peringkat Ijazah Doktor Falsafah. Bilangan anak? haha.. disebabkan den belum berkahwin, Den takde anak lagi. Tapi kalau anak tekak, anak mata, anak sedara, den ada la.. hehee..
Cita-Cita? haha.. kalu dari kecik memang cita-cita sering berubah. Yela kita pikir benda yang kita rasa macam best kan? masa kanak-kanak mana tau. Seingat denlah, den pernah kata kat cekgu nak jadi juruterbang la, cekgulah, Doktor la.. tapi.. akhirnya Den jadi Blogger.. opss.. xdelah.. gurau je.. Actually Den jadi seorang pekerja kerajaan sajor.. hehe..
3) Ceritakan tentang Blog anda(promosi la sikit)..
Tentang blog saya? hehe.. nak promote boleh kan? Actually Blog saya berkisar tentang apa jua cerita yang saya rasakan relevan dalam kehidupan. Ia meliputi semua topik daripada sembang-sembang, isu semasa, cerita artis, muzik, filem, hobi, dan sebagainya. Kalau korang berminat nak masuk Blog den sila masuk di alamat ini: http://komuniti.gempakz.org. nak tolong promotekan pun boleh. bagi yang berminat untuk folow blog den, den mengucapkan terima kasih dan den amat menghargainya.
Sebenarnya, Den ada create satu Komuniti yang den namakan Komuniti gempakz. Asal Komuniti ini telah lama juga ditubuhkan iaitu pada 23 Mac 2007. Dah nak masuk tahun keempat pun. Hehe... Den bermula dengan forum. Dulu Den buka Forum yang dinamakan Komuniti gempakz akan tetapi atas kesilapan teknikal, Forum tersebut telah lenyap. dan hanya pada tahun ini iaitu pada 1 Ogos 2010, Den membuka kembali Komuniti gempakZ. Harapan Den agar Komuniti ini disambut baik seperti dulu. tapi den rindu dengan ahli-ahli Komuniti ini yang dah hilang atas kesilapan teknikal tersebut.. huhu.. Kalu korang nak join forum masuk di alamat ini: Komuniti gempakZ (Forum 1) ataupun Komuniti gempakZ (Forum 2). boleh mendaftar sebagai ahli. anda juga boleh follow komuniti ini melalui Facebook anda. anda boleh follow di link ini: Komuniti gempakZ (facebook ).
4) Apa pandangan anda tentang dunia blog?
Dunia Blog? pada pendapat saya blog merupakan medium yang terbaik untuk berkongsi informasi. Setiap orang memerlukan maklumat yang mungkin akan digunakan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh jika seorang ibu muda ingin memasak dan mengetahui akan sesuaitu resepi. Kebiasaannya pada zaman teknologi and IT ni ibu-ibu lebih memilih untuk menggunakan internet sebagai medium mendapatkan maklumat. menggunakan engine carian google , maklumat mudah diperoleh. Akan tetapi jika tiada yang ingin menulis dan berkongsi info, mana mungkin engine carian dapat mencari maklumat? maka saya lihat blog merupakan satu medium yang bagus bagi seseorang blogger untuk mencurahkan dan berkongsikan ilmu yang mereka ada.
Akan tetapi, kemudahan yang disediakan oleh blog juga diambil kesempatan oleh individu-individu tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan maklumat-maklumat tidak tepat dan juga fitnah. Ini merupakan gejala negatif yang seharusnya dielakkan. Setiap Blogger perlu ada jatidiri dan tanggungjawab atas apa yang mereka akan tulis.
5) Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog..
Kepada rakan-rakan yang baru nak berblog tu saya sokong anda. taiplah apa sahaja pengetahuan dan ilmu yang anda ada untuk dikongsi bersama orang lain. Ingatlah segala Ilmu yang berguna jika dikongsikan anda akan mendapat bahagian kebaikan darinya.
6) Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda..
Keunikan Blog saya? hehe kalau anda kata tentang keunikan, saya rasa semua blog ada keunikan tersendiri. Pernahkan anda lihat dua blog yang mempunyai layout dan struktur yang sama serta cerita yang sama? tidak bukan? hehe.. untuk blog saya. Saya memilih layout berwarna Oren dan kuning kerana warna ini menggambarkan warna keceriaan. Disamping itu, saya menggunakan pembahagian content dan sidebar yang kemas dan teratur dengan harapan pengunjung selesa melawat Blog saya. Saya juga rasa blog saya unik kerana saya menyajikan pelbagai cerita yang tidak tertakluk kepada satu-satu perkara sahaja malahan keseluruhan perkara yang ada dalam kehidupan kita.
7) Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
Saya berblog kerana minat yang mendalam. Saya minat untuk berkongsi apa sahaja yang saya fikirkan. Saya akan terus berblog selagi saya ada kesempatan dan selagi hayat dikandung badan~ MAJULAH BLOG UNTUK AGAMA, BANGSA, dan NEGARA~!
***Tagged 4 orang rakan blogger anda(jangan lupa ingatkan dorang!)***
1) Hiro
2) Jim
3) NMF NiHONGO
4) lovelymasha
1) Hiro
2) Jim
3) NMF NiHONGO
4) lovelymasha
mula2 baca saya dah terpgun!!wahhhhhhhhh..hebat2...muda2 ag da nak smbng phD... semoga berjaya capai cita2 k!!doakan saya pon berjaya cam Mr Pingu gak..
BalasPadamsalam perkenalan dri saya bakal guru SP n Biology!
haha.. biasa2 je Cikgu Akim.. zaman sekarang ni dh ramai sangat orang belajar tinggi-tinggi.. selagi ada kerajinan belajar la.. karang stop belajar malas pulak nak start balik.. hehee
BalasPadamhey salam pknaln :) come vsit my blog , dont forgt to be my fllower jgk ea . comel2 je crite hee :)
BalasPadamhye dayanadarmawi.. salam perkenalan gak~ ok sy akan foloow awk juga~
BalasPadamsalam pknln..
BalasPadamwaa...
bgs la nk smbng phD..
huhu...
sye nh degree pn x abes ag tp dh mcm x de cite2 nk smbng phD..
mgkn pas bce blog nh leh tgkatkn smangat sye..
hehehe.
=D
xpe hana pelan2 kayuh.. kita jgn ikut orang tapi ikutlah kemampuan diri masing2 ya! hehe.. kalau rasa larat dan berminat teruskan saje..
BalasPadam