JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Lori 'tergantung' di atas gaung


GAMBAR menunjukkan lori yang 'tergantung' di atas gaung di bandar Qingzhen, China baru-baru ini.

QINGZHEN - Seorang pemandu lori nyaris maut apabila kepala lorinya 'tergantung' dari atas gaung sedalam lebih 100 meter di China, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam kejadian cemas baru-baru ini, brek lori tersebut gagal berfungsi ketika ia membelok di sebatang jalan raya.

Kenderaan itu yang membawa muatan 40 tan metrik arang batu terbabas lalu merempuh penghadang keselamatan dan sebuah beting pasir yang menyebabkan ia terhenti.

"Pemandu itu yakin dia akan mati dan kami memujuknya supaya bertenang dan keluar dengan memanjat bahagian belakang lorinya," kata seorang jurucakap polis. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^