JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Anugerah juara lagu ke 25


Salam semua. seperti biasa setiap tahun akan diadakan pertandingan anugerah juara lagu yang akan mengangkat martabat pencipta lagu tanahair disamping mempamirkan persembahan hebat artis yang bertanding. untuk tahun ini, banyak lagu yang bertanding dinyanyikan oleh artis-artis baru yang masih segar. contohnya ana rafali, black metor, meet uncle husain, hafiz (AF) stacy dll. persaingan dilihat seimbang untuk semua lagu. Seorang penyanyi senior, iaitu Adibah Noor dilihat masuk ke senarai. Saya tertanya-tanya kenapa lagu ini layak. bukan lagu sejujur hatimu tak sedap tapi saya rasa muziknya terlalu tipikal dan xbegitu kreatif. macam lagu-lagu balada lentok dulu2. secara peribadi saya minat lagu sejujur hatimu ini tetapi saya tak rasa lagu ini layak masuk ke Final. Pilihan saya lebih kepada Sabhi Saddi yang menyanyikan lagu Nadiku. begitu segar, Vokal yang mantap dan bertenaga. tetapi kenapa tidak layak?

Artis-artis lain yang bertanding seperti Faizal Tahir dilihat satu cabarann yang kuat. Lagu selamat malam nyanyianya memiliki kekuatan tersendiri. Yuna, yang membawakan lagu Cinta sempurna juga dilihat mampu membawa sesuatu untuk tahun ini. Berbekalkan lagu yang memiliki melodi cukup indah disamping Vokal yang mantap dan unik dilihat satu harapan cerah bagi Yuna. Tahun lepas juga beliau telah berjaya mendapat tempat kedua menerusi lagunya, Dan Sebenarnya.

Saya seperti tahun-tahun sudah memang tidak sabar menantikan acara penuh gilang gemilang ini. Kalau ada rezeki nak tgok live.. hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^