JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Peminat Justin Bieber menyorok dalam Lori sampah?

Alahai.. Justin Bieber memang artis remaja paling berjaya di dunia ini I think. Kalau di youtube video dia adalah paling banyak mendapat tontonan selain Lady gaga. Peminat beliau sangat ramai. Al-Kisahnya ada 4 orang peminat dia ni. Perempuan sanggup menyorok dalam Lori sampah semata-mata nak masuk ke bangunan yang dikatakan Justin Bieber bakal mengadakan program televisyen.. haha memang lawak la. itulah manusia bila dah terlalu taksub macam2 mereka boleh buat.. haha..

berita sebenar:

LOS ANGELES - Para peminat penyanyi remaja kelahiran Kanada, Justin Bieber, 16, sanggup bersembunyi di dalam lori sampah semata-mata untuk bertemu dengannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam satu temu ramah eksklusif, Bieber yang dilahirkan di Stratford, Ontario, Kanada menyatakan empat gadis remaja bersembunyi di dalam lori sampah supaya mereka boleh menyelinap ke dalam bangunan tempat dia muncul dalam satu program televisyen di Duesseldorf, Jerman pada minggu lalu.

Menurutnya, pekerja-pekerja sampah menemui gadis itu semasa mereka bekerja.

Bagaimanapun, dia terpaksa membatalkan kemunculannya dalam program televisyen pada Sabtu lalu itu selepas seorang peserta, Samuel Koch, 23, cedera ketika membuat persembahan lagak ngeri.

Beiber berkata, dia tidak pernah gementar ketika menyanyi di depan 80,000 penonton.

Selain itu, Bieber yang meminati kelab bola sepak Chelsea menganggap pemain bola sepak England, David Beckham sebagai mesra selepas menemuinya.

Bagaimanapun, dia yang meminati pemain bola sepak kelab Manchester United, Wayne Rooney berkata, dia hanya gementar ketika bertemu dengan gadis.

Bieber berkata, dia mahu menjadi ikon remaja dan akan melakukan perkara-perkara yang baik sahaja. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^