JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

SERAM: Hantu kacau masa tidur?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dua hari lepas, malam jumaat. Saya macam biasalah duduk rumah sorang-sorang sambil layan surfing. Then teringatlah malam ni ada cerita Amokan Pocong lepas itu terus je duduk depan TV dan buka speaker kuat-kuat. Seram jugaklah tengok sorang-sorang. 


Daripada cerita tersebut, banyak babak menunjukkan bahawa hantu suka mengganggu orang semasa tidur atau dalam keadaan separa sedar. Sebenarnya saya mengalami peristiwa yang hampir sama ditunjukkan oleh cerita tersebut. Semasa di rumah sewa, pernah sekali tu saya tidur di ruang tamu. Kemudian tiba-tiba saya terjaga dan tidak boleh bergerak. Saya melihat ada kelibat 4 hantu pocong berada di ruang tamu. Sangatlah seram dan saya tak mampu berbuat apa-apa. hantu pocong tersebut terus berdiri tegak dan akhirnya hilang begitu sahaja. 

Dalam keadaan tercungap-cungap akhirnya saya dan boleh bergerak dan bangkit daripada tidur. Persoalannya adakah perkara yang berlaku tadi itu hanyalah mimpi atau betul-betul terjadi? Kerana keadaan persekitaran adalah sama seperti keadaan saya sedang tidur. Perkara ini dah lama berlaku kira-kira 2 tahun lepas. Kemudian berlaku perkara kedua minggu lepas.

Semasa saya tidur, saya melihat ada kelibat hantu pocong berguling-guling menghampiri saya sehinggalah saya menjerit-jerit. Kebetulan kawan saya tidur di sebelah saya dan terus mengejutkan saya. Katanya saya mengigau. Itulah pengalaman kedua. Saya beranggapan hanya mimpi namun memang menyeramkan kerana macam benar-benar berlaku! Mungkin di kawasan rumah saya memang ada hantu yang melepak. Tak tahulah Wallahualam.

2 ulasan:

  1. huhuhu menakutkan giler..rasanya bukan mimpi.kalau mimpi pun mimpi bende ngeri mcm tu kira ada kaitan ngn bende halus gak.....takutttt

    BalasPadam
  2. @Kumbang Jingga

    saya rasa pun macam real je.. kalau mimpi mimpi menakutkan ini adakah berasal dr fikiran kita? sbb sy ni bukan jenis orang suka nak pikir benda2 hantu nih.. huhu seram la..

    BalasPadam

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^