JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Malaysia tewaskan Indonesia! Yahuuuu!


Akhirnya Malaysia berjaya menundukkan Indonesia dalam perlawanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF!! Tak kesahla apa orang Indonesia nak kutuk-kutuk ke apa yang pasti kemenangan keatas Indonesia telah berjaya diraih sekaligus menebus maruah kekalahan teruk Malaysia sebanyak 1-5 kepada Indonesia sebelum ini.

Jom kita raikan Pasukan Harimau Malaya!! yeayyyhhh Malaysia Boleh!

Piala Suzuki AFF: Malaysia belasah Indonesia 3-0


Yeayyyyyyyyyyy.. Malaysia menang! Cayalah! hahahaa....

Sebentar tadi telah berlangsung Perlawanan Bola sepak diantara Malaysia menentang Indonesia. best giler bila Malaysia berjaya membelasan Indonesia 3-0! hahah... dapat telur ayam la Indon weh.. Actually ni satu kejayan yang cukup baik buat Malaysia. Hopefully Kegemilangan bola sepak Malaysia akan kembali. Namun pemain-pemain Malaysia jangan mudah berpuashati dan leka. Mereka perlu terus berusaha memantapkan mutu persembahan mereka.

Minit ke 60- [Mohd Safee Sali] - Malaysia 1 - 0 Indonesia.
Minit ke 68 - [Mohd Ashari Samsudin] - Malaysia 2 - 0 Indonesia
Minit ke 72 - [Mohd Safee Sali again] - Malaysia 3 - 0 Indonesia

Segmen JOM BERKENALAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. WeLCoMe to my iGLoO!

Mari kenal Mr.PINGU

Oleh sebab den tengah rajin nak menggerakkan jari jemari petang ini, maka dengan ini den menyahut seruan rakan blogger yang bernama lOQMAN hAKIM untuk menyertai segmen JOM BERKENALAN. ok.. Den akan jawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan seeloknya~ hehe..

berikut merupakan soalan yang telah dikemukakan dalam segmen ini:

Dr Rozmey dan Filem Dua Alam

Hai semua. Pada petang yang cukup indah ini, tiba-tiba je kepala ini terlintas untuk menulis pasal Dr Rozmey dan Filemnyer yang dipanggil "Dua Alam" tu. To be Honest, siyes I tak tengok pun filem tu. haha.. tapi sana - sini duk memperkatakan tentang Filem dua alam. Akan tetapi yang diperkatakan bukanlah tentang kehebatan Filem dua alam tetapi akan penerbit rancangan tersebut yang mengatakan Filem dua alam mampu raih 40 juta!! What a statement! aku tergelak guling-guling mendengarnya even sebelum itu filem tersebut belum lagi ditayangkan dipawagam. Apa kes nak declare camtu? Tak juga cakap Insya-Allah... Confident je dia kan? ~_~

Apa yang pasti, dia ada alasan tersendiri untuk mengumumkan perkara tersebut. Mungkin itu strategi dia untuk membawa Dua Alam "Hangat" sebelum masuk panggung dengan harapan peminat-peminat filem teruja untuk menontonya.. Pingu sendiri yakin bahawa Dr Rozmey ni tau Filem dia xmungkin capai 40 juta ataupun 10 juta sekalipun. tetapi pingu rasa dia berharap akan dapat tarik penonton seramai mungkin dengan "so call Acting of confident" yang ditonjolkannya.

Kejelitaan wanita bernama Datin Norjuma Habib

Sapa tidak kenal dengan selebriti seorang ini. memiliki wajah yang cukup menawan dan biasa menggegar iman seorang lelaki.. Namun beliau telah dimiliki oleh adik kepada perdana menteri kita. Datin Norjuma Habib memang cantik dan menawan, sungguhpun selepas beberapa tahun beliau mendirikan rumahtangga. jom layan pic2 beliau dibawah ni~




Tajuk Metro Hot: Suami nak Kawini amah kerana payu dara isteri sudah kendur!

Apa nak jadi dunia ni.. nak gelak ada, kasihan pun ada.. gara-gara payu dara isteri udah kendur, mahu kawin dengan amah indon yg berpayudara tegang! haha.... bacalah kisah dibawah ini!

KUALA LUMPUR: Remuk hati seorang isteri apabila suami yang dikahwini lebih 20 tahun lalu mengeji payudaranya sudah tidak menarik sebelum meninggalkannya untuk menjalin hubungan cinta dengan pembantu rumah warga Indonesia.

Isteri malang itu yang hanya mahu dikenali sebagai Faridah, 43, mendakwa suaminya yang berusia 45 tahun mengabaikan dia dan anak-anak sejak tiga bulan lalu hingga langsung tidak menghulurkan nafkah.

“Hati saya bertambah sakit apabila suami tanpa segan silu memberitahu niatnya untuk berkahwin dengan gadis Indonesia itu tahun depan.

“Paling menyedihkan apabila bentuk fizikal saya yang tidak lagi menarik selain payudara saya yang sudah kendur dijadikan bahan sindiran untuk menghina dan mencaci saya di depan anak.

“Dia sering bersungut kononnya saya malas menjaga badan menyebabkan dia hilang selera setiap kali bersama saya. Maruah saya dihina hingga saya malu apatah lagi bila dia sengaja bercakap dengan suara tinggi hingga didengar jiran,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Gombak.

Faridah mendakwa, suaminya juga sering membandingkan dirinya dengan amah Indonesia itu yang didakwa berkulit tegang dan gebu kerana mengamalkan pemakanan jamu selain petua awet muda.

Faridah yang mendirikan rumah tangga pada 1990 berkata, keadaan kekurangan fizikal dialami banyak berpunca dari faktor genetik selain terpaksa menyusukan semua enam anaknya ketika mereka kecil. Kini anaknya berusia antara lima hingga 20 tahun.

“Akibat kesempitan hidup, saya tidak mampu membelikan susu tepung dan terpaksa memberi susu badan kepada semua anak. Ada antaranya yang menghisap susu badan sehingga berusia lima tahun. Mungkin faktor itu menyebabkan payudara saya tidak lagi menarik,” katanya.

Dia yang bergantung hidup dengan menjual kuih dan nasi lemak memberitahu kesibukannya berniaga selain menguruskan anak-anak serta rumah tangga menyebabkan keadaan dirinya sering kali tidak terurus.

“Saya sedih diperlakukan seolah-olah saya tiada harga diri. Di matanya, saya cukup jijik hingga makanan yang saya hidangkan sering kali tidak dijamah,” katanya.

Kata Faridah, sebelum ini dia banyak berkorban untuk keluarga kerana menyedari pendapatan suaminya yang kecil selain perlu menanggung kos sewa rumah, persekolahan dan makan minum keluarga.

“Namun apa yang saya lakukan ini langsung tidak dihargai apabila dia kemaruk bermain cinta dengan gadis Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah.

“Perkara ini hanya saya sedari apabila telefon bimbit suami saya kerap berdering pada waktu malam sebelum dia dilihat gemar berbual dalam keadaan berbisik.

“Rasa curiga menyebabkan saya memberanikan diri bertanya sebelum dia tanpa berselindung menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan gadis Indonesia itu dan meminta saya memberi persetujuan,” katanya.

Perempuan Simpanan, Skandal, Kekasih gelap, Suami curang?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. WeLCoMe to my iGLoO!

Amacam.. tajuk best tak? hahaha... Ok tetibe je dapat idea nak menulis ni. korang mesti biasa kan mendengar tentang suami curang, suami makan luar, perempuan simpanan, kekasih gelap dan lelain lagi. kalau dalam dunia wanita pula ada anak ikan, Datuk sponsor dan sebagainya.. ok.. persoalanya disini, mengapakah hal ini terjadi?


Bagi pasangan yang sudah berkahwin, perkara seperti ini boleh and menjadi punca utama keretakan rumahtangga. dan sudah tentu perkara ini memang dari awal tidak sepatutnya dilakukan dan tidak sepatutnya terjadi. Pokok persoalannya mengapa ia sering terjadi?

Banyak faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku. Salah satu Faktor utama disebabkan suami isteri kurang kawalan dalam diri... terutamanya kurang pegangan agamanya. Maka mudahla tergoda dengan perkara sedemikian. Penyebab lain adalah kerana pasangan masing-masing tidak mahu melayan pasangan mereka dengan sebaiknya.. malahan hanya melepaskan batuk di tangga. justeru perkara ini perlulah diperbaiki dalam alam rumahtangga agar kasih sayang sentiasa hangat dan mengelakkan muncul orang ketiga yang bertahta di hati pasangan anda.. semoga anda tidak menjadi salah seorang yang terlibat. sekian~

Tokek berharga sangat Mahal



hai.. korang nampak tak haiwan yang macam cicak tp berkulit pelik tu.. orang panggil Tokek. tapi just tertanya-tanya mengapa haiwan ini mahal harganya? actually saya tiada jawapan untuk itu. and apa keguaan haiwan ini pun saya tak tahu. mungkin kene jalankan research sikit baru tau. dikatakan haiwan ini boleh ditemui di hutan belantara Malaysia. namun begitu ia bukanlah mudah untuk ditemui. Jika anda bernasib baik, anda boleh menemuinya dan kemungkinan anda boleh menjadi kaya.. hehe.. sekian sahaja~

Artis popular hantar Sihir pengasih kepada rakan aku!

Salam.. Pingu memang bukan jenis suke nak bukak cerita panas camni.. jarang sangat-sangat. tapi nak ceritakan tentang pengalaman kisah benar yang berlaku kepada kawan baik aku. aku kasihan kat dia.. dia seorang yang cukup cantik dan jelita.. kalu dia bukan kawan aku and tua sedikit dari aku, memang dah lama aku jadikan awek.

Al-Kisahnya dia ni sejak setahun lalu tiba-tiba tergilakan Artis popular ni tanpa sebab. dia bukan jenis orang macam tu aku kenal dia sangat2.. bayangkan dia pelajar pintar and menjadi pensyarah di tempat aku berkhidmat ni. sekarang tengah melanjutkan pengajian peringkat Doktor Falsafah di Sweden. seorang yang lemah lembut dan sopan santun. dia sekarang tengah sakit kerana terkena buatan artis ni. bayangkan dia mana kenal artis ni secara individu tetapi boleh tergila-gilakan dia.. bayangkan masa artis ni buat show suatu masa dahulu, kawan aku sanggup balik dr sweden demi nak jumpe artis ni... apa gilerr ke kawan aku ni?? aku tertanya-tanya gak.. akhirnya aku dapat tahu jawapan bila kawan aku ni dah ditahap kronik. kebetulan dia berubat dengan seorang yang tahu berubat perkara-perkara ghaib ni. orang tu berjaya tarik keluar jin yang dihantar ke tubuh kawan aku ni dan apabila disoal siasat jin ini, dia memberitahu bahawa dia dihantar oleh artis XXXXX untuk menggoda wanita muda dan dara. dengar-dengar bukan kawan aku je kene tp dh ramai anak-anak dara dihantar ilmu pengasih ni. that why kalau ada kes scandal melibatkan artis lelaki kacak ini pastinya melibatkan dia dengan anak dara yang jelita. dengar-dengarnya dia nak "main" dengan anak dara ajer..

kasihan kawan aku tu dia asyik sakit dan terganggu pengajian dia. dia mengadu kat aku baru ni yang dia dah tak tahan dan nak balik sahaja ke malaysia untuk terus berubat. aku harap dia ok la. aku tak mahu dedahkan nama artis ini kerana aku tiada bukti kukuh tentangnya kerana aku tau dari cerita kawan aku yang kena ini.. aku tak mau dikatakan memfitnah. yang aku nak bagitahu semoga hal ini menjadi pengajaran dan buat insan di luar sana berhati-hatilah dengan sesiapa sahaja semoga anda tidak terkena sihir pengasih.

hint: artis itu memang popular dan memiliki paras rupa yang elok.. erm.. itu je.. biarla rahsia sy dan dia..

I surrender by Siti Sarah Raisuddin



Salam semua. Hari ni nak menulis sket tentang penyanyi kegemaran saya Penyanyi kecil molek Siti Sarah Raissuddin. Beberapa bulan lepas beliau telah mengadakan persembahan di hadapan Raja perlis untuk Konsert DiRaja Perlis. memang gah la persembahan tersebut. Salah satu persembahan terhebat malam itu ialah nyanyian Sarah Raisuddiin menerusi lagu I surrender yang pernah dipopularkan oleh Diva antarabangsa Celion Dion. Pada pengamatan pingu, Versi I Surrender dari Sarah merupakan antara versi terbaik dari Malaysia selain Siti Nurhaliza. Both are good in their own way. Namun untuk versi Sarah, penghayatan sangat-sangat baik disamping diction yang bagus. Syabas kepada Sarah. Keep your good work. Pingu sangat merindui lagu-lagu balada hebat dari Sarah. Hope akan keluar dengan album baru nanti okay~


Datuk Siti Nurhaliza - belum terfikir untuk bersara menyanyi


MELIHATKAN dirinya yang begitu aktif membabitkan diri dalam dunia perniagaan lewat ini, ramai yang mengandaikan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin kini perlahan-lahan mengundurkan diri daripada dunia seni.

Sementelah, publisiti tentang dirinya juga semakin jarang kedengaran membuatkan ramai yang berpendapat penyanyi kesayangan ramai itu sudah mahu mengucapkan selamat tinggal. Lebih-lebih lagi selepas dia mengambil keputusan muktamad untuk tidak lagi bertanding dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) bermula tahun depan. Mengajukan persoalan tersebut kepada empunya diri, dia hanya mampu ketawa kecil sambil mengatakan dia belum bersedia untuk berbuat demikian.

“Hati saya masih dalam dunia nyanyian. Mana mungkin saya berhenti menyanyi dalam waktu terdekat ini. Cuma, pembabitan saya dalam bidang perniagaan adalah sebagai persediaan untuk masa masa depan seandainya saya tekad bersara daripada dunia seni.

“Buat masa ini, saya masih lagi mampu mengimbangi dua dunia saya ini. Sudah 15 tahun saya dalam bidang ini dan dunia perniagaan merupakan satu fasa baru buat saya untuk terus maju ke depan,” ujar pemilik rangkaian produk kecantikan, SimplySiti itu tanpa selindung.

Penyanyi bersuara emas itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Sity Avita di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini. Sity Avita merupakan sebuah perniagaan jualan langsung dari Singapura yang menggunakan jenama Avita. Hanya di Malaysia, perkataan Avita ditambah Sity di hadapannya sebagai tanda penghormatan kepada penyanyi tersohor negara itu.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Lee Xiang Yin dan adik ipar Siti yang merupakan Pengarah Urusan Sity Avita, Zaini Mohamad Jiwa.

Faizal Tahir akan menyanyi dalam air dalam AJL 25?


Dengar cerite Faizal Tahir akan menyanyi dari dalam air kt AJL 25 nanti... satu kolam besar akan di bawa ke atas stage ajl nanti dan Faizal Tahir akan menyanyi sambil hanyut kat dlm air tu... (lagu pun hanyut)... dlm rancangan revolusi ajl tadi Faizal Tahir ada mengutarakan cadangan dia ni kt penerbit AJL, x taulah sama ada idea ni diterima atau tidak pihak tv3...tapi kalo Faizal Tahir, no wonder dia boleh buat persembahan ni, sbelum ni pun dia pernah terbang, potong rmbut, tukar baju ms persembahan... good luck to FT!!!



Akademi Fantasia 8


10 DIS 2010: Semua dah tahu kan yang Akademi Fantasia Musim Ke-9 (AF9) akan kembali tidak lama lagi. Tapi, apa yang mengejutkan Murai Batu, AF9 kali ini akan menjadi program AF terakhir yang diterbitkan oleh Astro.

Mula-mula tu, Murai Batu ingat benda hanya ni main-main je atau sekadar satu gimik semata-mata. Tapi, perkara ini telah disahkan oleh orang yang berkenaan di pihak Astro sendiri. AF9 akan jadi program yang terakhir. Fuh...Murai Batu pun tak tahu macam mana nak luahkan perasaan tatkala mendengar berita ni. Sedih ada, kelu pun ada ada. Macam tak percaya pun ada. Pendek kata, macam-macam perasaan berbaur dalam diri Murai Batu sekarang ini.

Hakikatnya, Murai Batu adalah antara segelintir pihak di luar sana yang membesar dengan program AF dan tempoh selama 9 tahun bukanlah satu tempoh yang cukup singkat. Dalam tempoh 9 tahun AF bersiaran, macam-macam yang lihat. Macam-macam yang Murai Batu pelajari. Sedikit-sebanyak, program ini telah mendewasakan persepsi Murai Batu terhadap dunia hiburan itu secara realitinya.

Realitinya, ia tak seindah seperti yang difikirkan. Glamor itu hanya dapat dinikmati dari sudut luaran. Glamor itu hanyalah sekadar pakaian yang membaluti tubuh setiap bintang AF. Namun, cabaran untuk bersaing, cabaran untuk memperbaiki diri, cabaran untuk menjadi yang terbaik dan cabaran untuk kekal adalah realiti yang perlu dilalui oleh setiap bintang AF.

Bagi yang bernasib baik, laluannya mungkin tak sesukar mana. Tapi, bagi yang kurang bernasib baik, bermacam dugaan yang perlu mereka lalui.

Apapun, Murai Batu percaya ada segelintir pihak yang akan menarik nafas lega apabila AF sudah sampai ke penghujungnya. Namun, apa yang Murai Batu diberitahu, AF9 bakal menjanjikan sebuah pengakhiran AF yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila oleh pengikut setianya. Malah, AF9 juga bakal menjanjikan pelbagai kejutan serta perubahan yang tidak dijangka. Dalam hal ni, Murai Batu tak propa ya. Tapi, kalau nak tahu perkembangan AF9 dengan lebih lanjut, terus dengan setia dengan Murai ya.

PINGU xpenah nak ikuti AF tapi enjoy jugak dgn beberapa bakat AF yang dilahirkan.. not bad.. hehe
farao

Hafiz AF 7 dan Rambut kembangnya


Hye semua. kali ni pingu nak merepek lagi. Ulasan kali ini ditumpukan pada seorang bintang akademi Fantasia 7 iaitu Hafiz! dia ni merupakan seorang juara yang berbekalkan bakat yang hebat. Vokal dia memang sedap dan konsisten sepanjang pertandingan. Pendengar dilihat bijak memilih kerana menobatkan Hafiz sebagai Juara. Nasib bukan Aril kerana dia tidak layak. Still terfikir how Aril dapat nombor dua sedangkan Akim adalah lebih baik.

Ok ke topik yang sepatutnya. Nak sentuh tentang rambut Hafiz yang kembang tu. memang menarik la sebab itu merupakan trend mark yang jarang artis lain ada, selain Datuk David Arumugam.. hehe.. Hope Hafiz tak menukar stail rambut Uniknya itu dan membolehkannya diingati. Kalau mawi dengan Satil kepala Botak, Hafiz biarlah dengan stail rambut kembang.. walau bagaimanapun hafiz tetap comel. haha

Orang ke tu?


cuba teliti gambar diatas. adakah anda melihat seorang manusia berdiri disana? adakah anda mengesan sesuatu yang pelik? hehe.. actually ini bukanlah teknik gambar atau apa sahaja. Beliau telah mengecat dirinya sehingga kelihatan "Transparent" dengan latar belakang tempat tersebut. Idea yang agak menarik tetapi memerlukan kreativiti dan kesabaran. agak-agak korang dia ni banyak masa terluang agaknya. kalau den jangan harap la nak wat camni. apa-apapun layanzz...

Pilot peluk Islam setelah pesawat bawa jenazah ulama dilindungi awan



satu artikel yang menarik saya ceduk dari sini: izoblog.com

” Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel di ruangan Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms 84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut sehinggakan di dalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam.

Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.

Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau. Antaranya :

* Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama Islam.

* Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur

* Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau juga diiringi oleh polis.

* Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai dengan wasiat beliau.

* Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.

Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut. Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS.

Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.

Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot yang membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengan keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama sehinggakan di dalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini. Almarhum disegani teman dan lawan.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.

Al-Fatihah."