Assalamualaikum..
Just nak berkongsi perkara ini. Seperti yang anda sedia maklum Anuar Zain tidak bertanding dalam anugerah juara lagu 2011 menerusi sedetik lebih dan Jaclyn Victor telah dipilih untuk menggantikan beliau. Apa pandangan anda tentang persembahan beliau? Pada pendapat mr.pingu persembahan jaclyn Victor pada malam AJL 2011 29 Januari lalu memang hebat. Anda dapat melihat betapa berusahanya beliau untuk memberikan yang terbaik untuk sedetik lebih.
Versi Jaclyn Victor memang berbeza jika nak dibandingkan dengan versi Anuar Zain. Berbeza namun tidak bererti tidak hebat malahan jac berjaya melenyapkan bayangan Anuar Zain untuk sedetik Lebih. Tahniah buat Jac.
Walaupun mempamerkan persembahan yang cukup hebat, nasib tidak menyebelahi lagu tersebut kerana gagal mendapat anugerah utama pada malam tersebut. Namun, sebagai peminat AJL, anda tidak sepatutnya membandingkan versi Anuar Zain dengan Jac kerana mereka berbeza. Dua-dua punyai kehebatan mereka tersendiri.
Apa jua yang anda komen di internet, jangan anda fikir penyanyi lagu tersebut tidak membaca komen2 pedas daripada anda semua. Jaclyn Victor melalui laman facebooknya telah melahirkan kekecewaannya kerana sedetik lebih. Bukan menyesal kerana menyanyikan lagu tersebut tetapi kerana komen insan-insan yang busuk hati. Saya simpati kerana beliau merasakan usaha beliau tidak dihargai.. Kepada jac, diharap bersabar. Teruskan berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada industri.
Sekian sahaja.
musti ada orang yang tak puas hati yang dengki..adoi..tak faham aku mentaliti manusia ni
BalasPadamabg Boni: yep.. memangla versi Anuar Zain punya pesona tersendiri tetapi Jaclyn Victor telah bersetuju menggalas tanggungjawab membawakan lagu tersebut sehabis baik. Patutnya kita menghargainya. Kalau dia xmau bawak sy tak rasa ada artis lain mampu membawakan pada tahap jac
BalasPadam