JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

WOW: Datuk Siti Nurhaliza cukup Up to Date!

Assamualaikum dan Salam Sejahtera!

Korang perasan tak kalau kita ambil contoh artis, Datuk Siti Nurhaliza sebenarnya seorang yang cukup mengikuti perkembangan semasa. Orang kata very up to date. Dalam banyak persembahan beliau, Datuk Siti akan cuba untuk menyanyikan lagu-lagu artis lain yang sedang popular masakini. Contoh terbaru yang saya jumpa ialah lagu nyanyian maroon 5 feat Christina Aguilera - Move Like Jagger. Saya tidak sangka Datuk Siti akan menyanyikan lagu seperti ini dan beliau menyanyikan dengan cukup baik dengan gaya penyampaian beliau sendiri.

Selain itu, Datuk Siti juga sangat mengikut trend nyanyian terkini. Contohnya semasa Yuna mula naik dan popular, Datuk Siti telah mengundang beliau ke persembahan beliau dan cuba menyanyikan lagu Yuna. Disini kita lihat Datuk Siti Nurhaliza merupakan seorang artis yang gemar mencuba. Saya tak pastilah apa lagi genre lagu yang Datuk Siti tidak pernah nyanyikan. Kerana sebahagian besar genre lagu berbeza pernah beliau cuba dalam banyak persembahan-persembahan beliau.

Jika artis lain ingin berjaya, contohilah Datuk Siti Nurhaliza. Bukan sahaja dari segi nyanyian malahan dari semua segi yang ditonjolkan oleh Datuk Siti. Sopan santun berbudi bahasa, tidak pernah meninggi diri very down to earth walaupun telah menjadi seorang lagenda seni suara dalam usia masih muda.

Semoga Datuk Siti Nurhaliza terus berjaya dan memberikan yang terbaik kepada industri hiburan perniagaan dan apa jua yang diceburi oleh beliau.

Sekian sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^