Salam..
Kasihan awal, single nyanyiannya dikatakan gagal. Actually aku pun tak pernah tau awal ni ada single and tak pernah dengar pun (maybe sebab aku jarang bukak Radio) hehe.. tapi bagi aku setiap orang ada bakat tersendiri. Awal amat berbakat dalam bidang mengacaraan dan lakonan maka dia tak berapa sesuai menyanyi. Rezeki masing-masing kan. Jom layan berita tentang kegagalan single beliau.
SUBANG JAYA: Pengacara Awal Ashaari sudah berputus asa dalam usaha mengembangkan kerjaya nyanyiannya akibat kegagalan ‘single’ lagu pertamanya, Memori.
'Single' itu diterbitkan pada awal 2010.
Awal berkata, hal tersebut membuatkan dia sedar kerjaya nyanyian tidak sesuai dengannya melainkan berlakon dan mengacara.
"Sejujurnya, saya dah putus asa untuk meneruskan kerjaya di bidang nyanyian dan serik untuk muncul dengan lagu baru.
"Mungkin juga karier seni nyanyian tidak sesuai dengan jiwa saya. Jadi buat macam mana sekalipun, hasilnya tetap sama.
"Bagaimanapun, sekurang-kurangnya saya cuba melakukan sesuatu yang baru walaupun ia tidak berjaya," katanya.
Tambah Awal, antara sebab lain Memori kurang mendapat sambutan menggalakkan apabila ia kurang dipromosikan dengan meluas.
Walaupun gagal dalam nyanyian, ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang sebagai seorang pengacara dan pelakon. Kekasih pelakon Scha Al-Yahya ini berkata, pada tahun ini dia akan lebih memberi fokus dalam bidang lakonan memandangkan dia banyak memberikan komitmen sebagai pengacara pada tahun lalu.
"Ramai yang anggap saya dah tak berlakon sedangkan saya masih lagi menerima tawaran lakonan jika jadual kosong. Harap-harap, tahun ini murah rezeki saya, Insya-Allah," ujarnya.
Sementara itu, Awal dan Scha bakal melangsungkan pernikahan mereka pada pertengahan tahun ini dan masih lagi mencari tarikh yang sesuai untuk majlis berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^