JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

KFC: pekerja kotor dan isu perkauman

Assalamualaikum dan salam Sejahtera..

Tiba-tiba je dalam beberapa hari ini timbul kekecohan dalam syarikat Makanan Segera (Fast Food) yang popular di Malaysia iaitu Kentucky Fried Chiken atau lebih dikenali sebagai KFC. Ramai gemar makan KFC kerana resepi rempah ratus ayamnya yang cukup istimewa.

KFC Malaysia dimiliki oleh orang Melayu. Namun, agak malang apabila syarikat yang gah ini dilanda kontrobesi yang cukup menjatuhkan kewibawaan syarikat ini. Saya percaya ramai orang akan boikot daripada menjamah makanan KFC disebabkan insiden yang berlaku ini.

Insiden pertama adalah kebiadaban seorang pekerja KFC yang merakamkan video menunjukkan seorang pekerja yang meletakkan ayam KFC di tapak kakinya sebelum menggorengnya saya rasa. Dengan tersebarnya video ini orang akan geli untuk makan KFC walhal yang melakukannya adalah individu tersebut. Inilah yang dikatakan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Kejadian kedua adalah berlaku di KFC i-city Shah Alam yang mana seorang pekerja KFC bertindak menumbuk seorang pelanggan yang berbangsa Cina. Hal ini telah mengakibatkan isu perkauman (racist) dibangkitkan. Apa nak jadi KFC oi?

Saya berharap isu ini dapat diselesaikan dengan baik. tak mahulah KFC jatuh gara-gara perkara sebegini. Mengapalah ada sahaja "langau" yang berakhlak tak baik berniat untuk menjatuhkan pihak lain.

Sekian sahaja untuk kali ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^