JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

ERMM: Laungan Azan Solat Fardu - Perlu Penghayatan

Assalamulaikum buat semua umat Islam :)

Mungkin ini satu isu yang agak sensitif tetapi saya rasa saya perlu untuk ulas sedikit. Setiap Surau dan Masjid pastinya ada ahli jawatankuasa tersendiri. Salah satu jawatan yang saya kira wajib ada adalah Bilal yang mana tugas utamanya adalah melaungkan azan untuk solat fardu lima kali sehari. Jika sesebuah surau atau masjid memiliki lebih daripada seorang bilal maka laungan azan boleh dilakukan secara bergilir-gilir.

Isu yang ingin saya ulas disini ialah berhubung perlantikan seseorang yang tidak pandai melaungkan azan sebagai Bilal. Mungkin juga ada yang dilantik sebagai bilal secara bidang terjun.

Sebentar tadi, saya mendengar laungan azan daripada sebuah surau yang cukup dekat dengan tempat saya berhenti rehat. Apabila mendengar laungan azan tersebut, hati saya berasa sebak sedikit. Tidak adakah orang lain yang lebih pandai melaungkan azan? Laungan azan Pak "Bilal" terbabit seperti tidak sepenuh hati dan kedengaran sangat sumbang. Maafkan saya jika bahasa saya guna agak kasar.

Kalimah yang dilaungkan ketika azan merupakan kalimah yang cukup suci dan indah justeru adalah lebih elok jika laungan azan dilakukan dengan tertib yang betul dan suara yang indah. Saya pernah mendengar laungan azan yang cukup indah dan membuatkan hati cukup sayu dan tersentuh. Kalau laungan azan dilakukan dengan sumbang dan sambil lewa saya takut ramai yang Kan membenci terutamanya yang bukan beragama Islam. Lebih-lebih lagi azan dilaungkan dengan kuat menggunakan pembesar suara.

Saya bukanlah bermaksud bahawa Bilal itu wajib memiliki suara yang mempersonakan akan tetapi cukuplah melaungkannya dengan tertib dan teratur dari segi sebutan, lenggoknya agar tidak kedengaran teruk. Saya berpendapat Bilal perlu dilatih agar dapat melaungkan azan dengan baik.

Sekian sahaja daripada saya. Sekadar pendapat untuk dijadiKan renungan bersama Insya-Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^