JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

HUH: Cukup-cukuplah bagi yang Kutuk dan Hina Najwa Latif

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sejak akhir-akhir ini nama penyanyi cilik pengalun cinta muka buku semakin popular dan meletop. Lebih-lebih lagi apabila beliau berjaya menempatkan dirinya di pentas final anugerah juara lagu 2011 yang telah berlangsung pada 29 januari 2012. Walaupun najwa latif gagal membawa pulang sebarang trofi kemenangan namun pada pendapat saya, persembahan beliau wajar dipuji.

Yang tak sedapnya ialah ada juga insan-insan yang busuk hati yang asyik mengutuk dan mengeji gadis bernama najwa latif ini. Itu la orang kata manusia ni ramai yang busuk hati. Pantang tengok kejayaan orang mesti nak mengeji. Kawan-kawan di facebook saya pun ramai yang bersikap demikian. Kalau nak tegur pun biarlah menggunakan bahasa yang baik.

Walaubagaimanapun, saya tetap layan lagu-lagu najwa latif kerana bagi saya beliau memang berbakat. Janganlah menafikan bakat beliau. Kita harapkan najwa latif akan berjaya bukan sahaja dalam bidang nyanyian malahan dalam bidang pelajaran juga. Sedarilah bahawa pelajaran perlu dijadikan keutamaan untuk melayari hidup dengan lebih berjaya.

Sekian sahaja sedikit celoteh daripada saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^