JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

KANN: Hidangan Makanan Enak Gerai Makan adalah keutamaan

Assamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kali ni takdelah nak ulas pasal menu makanan macam selalu tapi nak tegurla sikit pengusaha kedai makan yang saya kira cukup bersepah di sana-sini. Antara banyak-banyak yang saya rasa nak tegur, paling penting ialah berhubung makanan itu sendiri.

Perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh pengusaha kedai makan selain memastikan makanan yang dihidangkan benar-benar bersih dan selamat dimakan, paling peting sekali ialah memastikan rasanya benar-benar enak dan memberi kepuasan kepada para pelanggan.

Sebenarnya, saya cukup tertekan jika makanan yang dihidangkan tak sedap langsung sampai nak telan pun tak mampu. Adakah tukang masak di gerai ini tidak merasa dahulu masakan mereka? Adakah mereka berpuashati untuk menghidangkan masakan yang tidak sedap kepada pepanggan mereka? Adakah mereka tidak malu menghidangkan masakan seperti itu kepada pepanggan mereka? Saya pun tak tahu.

Selain rasa makanan, air juga satu masalah. Ada tukang buat air tak pandai langsung buat air. Terlalu tawar seolah-olah tiada gula atau terlalu manis. Ada juga yang buat air terlalu cair dan ada juga terlalu pekat. Sepatutnya mereka belajar dulu membuat sukatan yang betul untuk membuat air. Jangan main bubuh je.

Saya percaya masalah ini dihadapi oleh kebanyakkan pelanggan kedai makan. Justeru kepada pengusaha kedai makan, anda perlu memastikan kualiti rasa masakan yang anda hidangkan munasabah. Selain itu, waktu untuk menghidangkan makanan perlu dibuat secepat mungkin mengikut kretiviti anda kerana pelanggan yang sedang lapar tidak suka menunggu lama. Pastikan perkhidmatan layanan di kedai makan juga pada tahap terbaik.

Sekian sahaja untuk kali ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^