JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

YEAY: Voucer Buku 1Malaysia RM 200

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kepada mereka yang bergelar Pelajar (tingkatan 6 dan keatas), korang pasti mendapat voucer membeli buku dan peralatan menulis sebanyak RM200 seorang. Itu merupakan hadiah yang cukup besar dan bermakna oleh kerajaan kita. Sudahkan anda mengambil kupon tersebut dan menggunakannya?

Perlu diingatkan bahawa kupon buku tersebut ada tarikh sah laku. Tak silap saya hanya boleh digunakan sehingga sekitar Mac 2012. Justeru, anda perlu cepat-cepat menggunakan voucer tersebut sebelum tamat tempoh.

Sebenarnya, saya juga mendapat voucer tersebut. Maklumlah saya masih lagi belajar. Saya pun belum sempat untuk shopping lagi. Tak sabar rasanya untuk menggunakan kupon tersebut.:@

Mungkin menjadi persoalan kepada anda tentang apa yang perlu dibeli dengan voucer buku tersebut? Banyak sebenarnya. Selain buku-buku pelajaran dan bahan ilmiah lain, anda juga boleh membeli peralatan tulis seperti pen, fail dan sebagainya. Kalau ada yang minat untuk membaca Novel, anda juga boleh membeli bahan tersebut. Selain itu, anda boleh membeli kitab-kitab agama dan hadith. Pendekata, banyak yang boleh anda beli dengan voucer tersebut. Gunakan sebaiknya ya.

Sekian sahaja daripada saya. Ingat, jangan salah gunakan voucer tersebut. Dilarang menjual kepada rakan-rakan. Ok!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^