Assalamualaikum semua..
Kali ini saya nak berbicara mengenai Surah Al-Fatihah. AL-Fatihah merupakan surah yang paling utama antara semua Surah yang ada di dalam Al-Quran. Surah ini boleh dikatakan merumuskan isi kandungan Al-Quran.
Surah Al-Fatihah merupakan surah yang wajib dibaca di dalam solat. Tidak membacanya bererti tidak sah solat anda. Maka, adalah penting untuk kita mengenali dengan sebenar-benarnya bacaan surah ini supaya kita dapat melakukan solat dengan lebih sempurna.
Surah Al-Fatihah terdiri daripada 7 ayat yang mana ayat pertama ialah ayat yang selalu kita sebut terutamanya untuk membaca ayat-ayat Al-Quran yang lain. Al-Fatihah dimulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.. Ingat! ini merupakan ayat pertama Surah Al-Fatihah. Meninggalkan ayat ini bermaksud anda tidak menyempurnakan bacaan Surah Al-Fatihah.
Saya pernah menjadi makmum Solat kepada beberapa individu (Imam) yang terus sahaja membaca ayat kedua Surah Al-Fatihah dengan kuat tanpa membaca ayat pertama. Saya tidak pasti adakah beliau membacanya dengan berbisik. Namun bagi saya adalah perlu membaca ayat pertama Surah Al-Fatihah dengan kuat dan jelas.
Selain itu, anda perlu memastikan setiap tajwid yang digunakan dalam bacaan adalah betul. Sila amati huruf-huruf dan tanda-tanda yang diberikan dalam Surah ini dan belajar untuk membacanya sesempurna yang boleh. Semoga solat kita akan lebih sempurna dan diterima oleh Allah. Insya-Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^