Assalamualaikum..
Hari ni nak celoteh sikit pasal gosip. Dan saya tujukan pendapat saya kepada semua penulis-penulis gosip. Gosip ni popularnya diketahui umum sebagai cakap-cakap tentang seseorang atau boleh juga dipanggil umpatan.
Kalau dulu-dulu mengumpat ni sering dikaitkan dengan makcik-makcik kampung yang pergi merewang di majlis kenduri kendara namun kini, semua orang boleh bergosip tak kira tua muda lelaki atau wanita.
Selain duduk berkumpul beramai-ramai untuk bergosip, kini dengan kemudahan internet, penulis boleh bergosip dengan pelayar internet. Disini saya nak mengingatkan kepada para penulis artikel gosip suapay berfikir dalam-dalam sebelum menulis sesuatu artikel tu. Kerana jika tulisan anda itu melampau atau tidak tepat boleh mengakibatkan ada insan yang teraniaya dan silap haribulan anda juga boleh disaman.
Saya dah lihat banyak kejadian blogger/pengusaha website disaman kerana menulis artikel yang tidak benar berdasarkan fakta. Mungkin penulis tak berniat nak menipu tetapi hasil daripada cakap-cakap belakang yang dia terdengar maka terus dia menulis tanpa usul periksa. Hasilnya sendirilah tanggung.
Saya juga mengingatkan perkara ini untuk diri saya sendiri. Kekadang kita tak perasan. Sekarang ni pun saya banyak rujuk kepada artikel blog hiburan sebelum menulis. At least kalau benda tu tipu saya ada reference. Tetapi lebih baik dikurangkan bergosip ni. Tak elok untuk kesihatan ummah. heheee :P
sekian sahaja untuk kali ini.
P/s: seram apabila seorang artis nak saman seorang blogger kerana didakwa memfitnahnya. Saya rasa blogger tersebut tu dengar cakap-cakap orang pastu nak menulis tanpa bukti kukuh. Bahaya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^