JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

ERMM: Aaron Aziz menang ABPBH 2011: Ramai tak puashati

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) telah melabuhkan tirainya malam tadi dengan mengangkat aktor kacak berusia 36 tahun, Aaron Aziz sebagai Bintang yang Paling Popular dengan mendapat undian keseluruhan melebihi 88,000. Disebalik kemenangan besar beliau, ada pula yang sangat kecewa dan tak puashati.


Apa punca tak puashati ni? Puncanya pasti semuanya sudah sedia maklum iaitu berhubung status Aaron Aziz yang memiliki kewarganegaraan Singapura. Senang cakap artis seberang la. Oleh sebab itu ramailah yang menyuarakan ketidakpuashatian mereka melalui laman web, blog dan Facebook. Awal pagi buka facebook dah nampak status-status kurang enak yang tidak menyukai kemenangan Aaaron Aziz.

Saya rasa anda sebagai peminat industri hiburan ni perlu bersikap rasional. Persoalannya, "Siapakah yang menentukan kemenangan beliau?" dan "Bagaimanakah kemenangan diputuskan oleh pihak berita harian?"

Jawapan kepada dua persoalan tersebut adalah mudah iaitu yang menentukan kemenangan beliau adalah undian para peminat dan kemenangan diputuskan oleh Berita Harian melalui undian paling banyak yang diterima. sapakah peminat? Anda semua la! Kalau anda tak mahu dia menang kenapa nak undi beliau? Saya rasa dalam hal ini, lebih-lebih lagi dalam soal populariti tidak seharusnya menjadi isu berhubung kemenangan Aaron Aziz dalam kategori bintang paling popular. Tak kisahla apa warganegara yang dia miliki kerana beliau menyumbang dalam industri perfileman Malaysia dan nama beliau memang sangat terkenal dan menjadi sebutan. Justeru tak payahla nak komplen kalau Aaron Aziz menang kerana sememangnya beliau layak!

So next year kalau tak mahu artis seberang menang, korang undilah artis tempatan kegemaran korang. Kalau korang tak undi apa-apa korang tak layak nak banyak bunyi. Ok.. sekian sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^