Pelik.. memang dunia ini sering terjadi perkara pelik. Apa kejadahnya seorang lelaki yang telah berkahwin selama setahun baru menyedari bahawa isterinya adalah seorang "lelaki"??. Saya mendengar berita ini sejak beberapa hari lepas. Dalam hati tertanya-tanya takkanlah selama ini dia tak rasakan kepelikan atau kejanggalan pada isterinya. Kemudian, apakah sebab Bekas Dekan ini mendakwa isteri ketiga beliau adalah seorang lelaki?? Ketika bersama tak perasankah?
Mula-mula saya terbayang akan isteri ketiganya yang mungkin pernah membuat pembedahan jantina untuk menjadi lelaki. dan timbul persoalan akan betapa "sempurnanya" pembedahan tersebut sehingga seorang lelaki yang telah berkahwin dua kali sebelumnya tidak dapat melihat perbezaan antara wanita tulin dan wanita jadian. Setelah membuat bacaan lanjut, barulah saya tahu sebab lelaki ini mendakwa sedemikian kerana nombor sijil kelahiran "isterinya" ini menunjukkan bahawa beliau adalah berjantina lelaki.
Sebagai seorang yang bijak pandai, pernah menyandang gelaran Dekan, patutkah beliau bertindak kurang bijak seperti ini sehingga membuatkan satu negara tahu perkara yang memalukan ini yang mungkin tidak benar sama sekali? Tidak mustahil bahawa nombor pendaftaran sijil kelahiran "isterinya" ini telah tersilap daftar. Mengapa beliau tidak melakukan tindakan bijak dengan menyiasat terlebih dahulu? Mengapa buat begini?
Saya pun tidak pasti sebabnya. Di sebelah pihak wanita, beliau merasa ada pihak yang ingin menganiayanya dan telah bercadang untuk mengemukakan saman sebanyak 6 juta. Perkara ini telah menjadi perdebatan dan bualan mulut di sana sini. Cukup memalukan sebenarnya.
Saya amat berharap bahawa ini merupakan kesilapan teknikal. Kalau dilihat wajah Seri wani tersebut, saya percaya beliau merupakan seorang wanita. Jika benar dia membuat pembedahan menukar jantina, tidak mungkin ia sesempurna wanita sejati. Benar kan? Sekian sahaja celoteh malam ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^