JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

OPSS: ABPBH 2011: Terbaik vs Popular

Tadi borak-borak minum dengan kawan. So terbuka topik mengenai anugerah bintang popular 2011 yang berlangsung semalam 8 April 2012. Kawan saya ni kata tak suka Aaron Aziz menang kerana pada pendapat beliau Aaron Aziz tak layak dan ada lagi pelakon yang lebih baik daripada beliau. Dari sini saya membuat kesimpulan bahawa mungkin ramai lagi yang tidak faham format pemilihan pemenang daripada Anugerah ini.
ABPBH memiliki format yang cukup berbeza jika dibandingkan dengan Anugerah Skrin, AIM atau Planet Muzik kerana ABPBH dinilai berdasarkan 100% undian daripada peminat. Justeru, persoalan terbaik atau tidak bukanlah isu dalam pemilihan pemenang kerana pemenang dipilih berdasarkan populariti, iaitu mendapat undian tertinggi antara 5 calon akhir yang dipertandingkan bagi setiap kategori manakala bintang paling popular dipilih berdasarkan undian paling tinggi oleh peminat dalam kategori tersebut.

Justeru, tidak hairanlah jika ada dikalangan TOP 5 merupakan artis atau selebriti yang popular pada nama bukan bakat. Namun, saya yakin peminat bijak menilai bakat dalam mengundi calon-calon pilihan mereka. Bagi yang tidak mengundi tu saya harap diam-diam sahajalah. Anda nak bising apabila keputusan keluar tetapi anda sendiri tak mengundi. Dan hormatilah keputusan yang dibuat oleh "anda" sendiri kerana setiap orang ada pilihan masing-masing dan pemenang haruslah diadili berdasarkan suara Majoriti. Sekian sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^