JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

YEAY: ABPBH 2011 Milik Aaron Aziz

Sebenarnya Mr.PiNGu tidak menonton Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 ini daripada awal sebab tadi kawan lama dari Kuala Lumpur datang melawat dan ajak keluar jalan-jalan dan makan. Kemudian kitorang lepak minum-minum di Danga Bay. So masa lepak minum tu barulah start layan ABPBH 2011 ni. Kiranya dah separuhla anugerah terlepas. namun begitu saya tahu keputusannya kerana ada kawan-kawan Facebook yang gigih mengemaskini keputusan terkini.

Kemenangan Maya Karin menerusi Pelakon Filem Wanita Popular memang telah dijangka memandangkan filem Ombak Rindu yang dibintanginya telah mencetuskan fenomena tersendiri. Beliau telah mengenepikan pencabar-pencabar lain dengan mudah. Kemudian, Kemenangan Aaron Aziz pula menerusi Pelakon Filem Lelaki Popular juga telah dijangkakan kerana impak Filem tersebut. Selain itu, Aaron Aziz juga telah membintangi beberapa Filem Hebat yang lain. Boleh dikatakan, beliau sangat laris sepanjang tahun lepas kerana menghiasi banyak Filem di pawagam.

Atas sebab tersebut, saya telah menjangkakan Aaron Aziz bakal unggul dalam ABPBH kali ini. Nampaknya tekaan saya memang tidak silap lagi. Tahniah buat Aaron Aziz! Lakonan anda benar-benar membawa kesan yang hebat kepada penonton.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^