JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

EHEH: Nama Zed Zaidi Meletop

Baru sahaja Anugerah Bintang Popular 2011 berlangsung pada 8 April 2012 yang lalu. Walaupun insan bernama Zed Zaidi tidak tersenarai dalam salah seorang pemenang pertandingan tersebut tetapi nama beliau tiba-tiba panas dan menjadi sebutan hangat akhir-akhir ini. mengapa? Hanya kerana tulisan beliau di laman twitternya yang melahirkan rasa tidak puashati atas kemenangan Aaron Aziz sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 2011.
Saya faham akan kekecewaan beliau dimana beliau mengharapkan kemenangan berpihak kepada artis yang berwarganegara malaysia namun begitu saya kurang bersetuju apabila beliau mengatakan "artis luar" bakal merosakkan industri seni tempatan. Saya tak begitu faham maksud beliau dengan perkataan "merosakkan" itu.

Pada pendapat saya, apabila sesuatu anugerah itu berkonsepkan popular, maka negara bukanlah menjadi isu yang penting kerana populariti itu berdasarkan kepada bakat dan penerimaan peminat terhadap bakat yang disumbangkan oleh selebriti tersebut. Macam Aaron Aziz walaupun beliau berwarganegara Singapura, beliau dilihat menyumbang kepada peningkatan industri pemfileman dan drama tempatan. Lakonan beliau hebat itu memang sesiapa pun tak boleh nafikan.

Maka pada hemat saya kalau artis Malaysia mahu mencapai kemenangan maka mereka perlu berusaha menjadi lebih baik daripada artis seberang itu. Tunjukkan bakat kamu ke tahap yang membanggakan, bukan hanya pandai berkata-kata di belakang tetapi usaha nak menjadi lebih baik tidak ditunjukkan. So, sapalah nak mengundi anda jika macam itu sikap yang ditunjukkan?

Bagi pihak Aaron Aziz, saya bangga kerana beliau tidak cepat melenting atau marah-marah tetapi bersikap amat professional apabila diajukan dengan pertanyaan seperti itu. Saya harap beliau tidak berdendam di dalam hati. Industri seni ni bukan besar lambat laun mungkin anda berdua akan digandingkan bersama dalam satu filem.

Kepada Zed Zaidi diharap dapat menerima teguran para peminat anda. Saya masuk ke blog anda di http://zedzaidi.blogspot.com banyak komen yang tidak baik diterima oleh anda dan saya harap anda bersikap proffesional dalam melayan setiap komen tersebut.

Sekian sahaja. Semoga kes ini dijadikan pengajaran untuk semua

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^