JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

INSAF: Balasan layanan keatas Haiwan

Korang ni seorang pencinta haiwan atau tidak? At least kalau xsayang haiwan pun jangan sesekali menyiksa mereka. Ingat menyiksa haiwan itu menunjukkan bahawa anda tidak berperikemanusiaan dan tiada nilai kasih sayang dan belas kasihan. bacalah sedikit info dibawah:



Kerana Seekor Haiwan, Seorang Wanita Masuk Syurga; Kerana Seekor Haiwan Jugalah Seorang Wanita Masuk Neraka ~via Imam Muda Nazrul

Masih ingatkah kita kepada kisah seorang pelacur di zaman Rasulullah S.A.W?... Sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiallahu 'anh bahawa baginda bersabda:

Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu.

[Shahih al-Bukhari – no:3467]

Berdasarkan hadis tersebut, bayangkan betapa besarnya ganjaran daripada Allah s.w.t terhadap orang-orang yang menjaga kebajikan haiwan.

Tetapi ingatlah... Allah sangat murka kepada mereka yang menganiya haiwan. Ini berdasarkan dari sebuah hadis yang lain, Rasulullah s.a.w memberi amaran:

Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan mahupun membebaskannya untuk makan serangga di tanah.
[Shahih al-Bukhari – no:3318]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^