Tahniah buat pasangan sensasi ini yang dikhabarkan bakal berkahwin tak lama lagi. Eloklah tu. Sebelum ni sweet bersama kemana sahaja kelihatan berdua. Tak lama sebelum ni mereka berdua dikhabarkan telah pergi ke kursus Pra-Perkahwinan. Sweet betul gambar mereka. Scha lebih ayu dan cantik apabila mengenakan tudung.
So untuk kisah lanjut tentang mereka baca berita dibawah ini:
Awal, Scha kahwin 4 Mei iniOleh FATEN SAPHILLAMOHAMED ISAsaphilla.isa@kosmo.com.myKUALA LUMPUR - Pasangan pelakon dan pengacara popular, Ahmad Awaluddin Ashaari, 31, dan Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, 29, atau Scha akhirnya sepakat untuk mendirikan rumah tangga pada 4 Mei ini.Dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Ampwalk, Jalan Ampang semalam, Awal menjelaskan, dia memilih bulan Mei untuk majlis pernikahannya kerana dia dan Scha mempunyai kelapangan pada waktu tersebut."Sebelum ini saya dan keluarga telah merisik Scha pada 30 Mei tahun lalu. Mengikut perancangan, kami sepatutnya bernikah pada bulan lepas, tetapi jadual kerja kami yang padat serta masalah tempahan dewan membuatkan kami terpaksa menangguhkannya."Bagaimanapun, saya tetap gembira kerana hasrat untuk memperisterikan Scha bakal menjadi kenyataan setelah kami menjalinkan hubungan cinta selama lebih dua tahun," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^