JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

NANGES: Terbaru: Gempa Bumi Aceh 8.7 Scala Richer!

Tadi petang after zohor tidur sekejap. Bangun tidur sahaja lihat dah ramai kawan-kawan Facebook update pasal merasai gegaran daripada negeri utara sampailah di tengah. Kawan di Penang upload gambar yang agak panik dan kawan di Putrajaya kata merasa terhuyung hayang dalam apartment beliau. Saya merasakan gempa bumi kali ini cukup kuat dan terus saya cari info tentang ini.
Pusat Gempa dalam Bulatan Merah

Ya, benar sekali. Gempa Bumi dikatakan telah berlaku di bawah laut utara Wilayah Aceh Indonesia yang dikatakan sekuat 8.7 Scala Richer! Sama kuat dengan gempa yang telah menghantar ombak Tsunami di Aceh yang mengorbankan lebih 124,000 penduduknya beberapa tahun yang lalu. Gempa ini telah menyebabkan amaran Tsunami dikeluarkan di seluruh pandai Lautan Hindi.

Saya berdoa agar Tsunami tidak lagi berlaku kali ini. Saya sedih melihat manusia yang tidak berdosa terkorban dengan cukup menyedihkan seperti ini. Cukuplah sekali berlaku sebelum ini. Lihat kembali sebelum ini Tsunami telah berlaku di Jepun dengan cukup teruk sekali. Ramai yang terkorban. Saya berharap Aceh tidak lagi mengalami nasib yang berulang.

Gambar di bawah ini diambil oleh rakan saya yang sempat snap di Penang Karnival Sunway Mall yang mana gegaran dirasai di dalam bangunan. Orang ramai bergegas keluar daripada bangunan seperti yang ditunjukkan di dalam gambar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^