Alahai memang tertekanlah.. Patutla sejak 3 hari lepas line broadband langsung tak ada apabila saya semak pembayaran lepas-lepas rupanya ader satu bulan tu saya terlupa bayar iaitu Oktober 2011. Sudah lama. Disebabkan kredit limit hanya RM 150 maka apabila dikenakan bil baru iaitu RM 98 maka kredit limit dah lebih dari had. Saya memang sengaja lambat bayar bulan ni sebab tak cukup budget. Rupanya pernah terskip bayar bulan 10 tahun lepas. Benar-benar tak perasan.
Yang ruginya apabila kena potong ni, dia akan kenakan charge tambahan RM 10 untuk penyambungan semula! eii geramnyer.. Rasa macam tak mahu sambung je broadband tu tapi masalahnya malam tak dapatla saya nak update blog ni. Nak guna handphone kecil sangat tak berapa nak syiok.
Tapi mungkin ada hikmah disebaliknya. Mungkin saya dapat jimatkan RM 98 sebulan untuk broadband dan pada masa yang sama saya perlu buat benda lain yang lebih berfaedah selain online pada waktu malam. Lagipun siang dah ada internet sepanjang masa.
Kepada korang yang tak mahu kena potong line broadband tu silalah bayar on time ya. Ni kali kedua line Broadband Mr.PiNGu dipotong kerana tak perasan akan terSKIP bayar sebulan huhu.. Sekian sahaja sebelum balik daripada ofice ni.. huhu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^