JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

OK: Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan


Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Tarikh 9 Januari telah disebut-sebut sejak awal lagi kerana merupakan satu tarikh penting yang akan menentukan nasib salah seorang pemimpin tertinggi negara ini. Beliau tak lain tak bukan ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas timbalan perdana menteri dan juga sekarang merupakan ketua Pembangkang (Barisan Alternatif).

Rakyat sejak awal lagi telah bercadang berhimpun bagi "Membebaskan" Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perhimpunan awam itu berlangsung hari ini. Detail tentang perhimpunan tersebut saya tak dapat lagi.

Agak mengejutkan keputusan mahkamah hari ini yang membebaskan datuk Seri Anwar Ibrahim. Bagi pihak pembangkang, tersenyum lebarlah manakala bagi pihak kerajaan, mungkin ada yang kecut perut maklumlah datuk Seri Anwar Ibrahim ni dikenal sebagai seorang tokoh yang hebat, satu aset untuk pembangkang bergerak maju.

Senario politik Malaysia memang pelik dan hangat. Tak lama lagi pun saya dengar pilihanraya akan dijalankan. Bila-bila masa sahaja parlimen boleh dibubarkan. Kita tunggu dan lihat sahaja. Bagi saya juga, pilihan raya akan datang ini merupakan kali pertama dimana saya layak mengundi. Nak juga merasai suasana pilihan raya ini.

Sekian sahaja. Semoga keharmonian negara kita akan terpelihara. Berpolitik secara sihat dan sama-samalah membangunkan negara tak kira anda pemimpin kerajaan mahupun pembangkang. Kerana masing-masing punya peranan untuk saling melengkapi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^