JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

ERMM: Nur Amalina Che Bakri buat pengakuan melalui youtube

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!~ ;)

Baru sebentar tadi saya terjumpa la dua buah video yang dimuat naik mungkin oleh empunya diri sendiri di lama youtube. Nampaknya Amalina sedar bahawa namanya sekarang tengah hangat diperkatakan di seluruh Malaysia.. Mungkin. Untuk Video pertama, Amalina Che Bakri memaklumkan keadaan dirinya baik-baik sahaja dan beliau sedang bertungkus lumus dalam pengajian beliau.

Untuk video kedua, Amalina telah memohon kepada rakyat Malaysia khasnya para blogger supaya membuang gambar-gambar beliau daripada blog masing-masing. Katanya tak elok mengaibkan orang. Dia juga meminta maaf dan meminta semua orang mendoakannya agar beliau menjadi lebih baik. Amalina memaklumkan tidak salah menasihatkan beliau namun biarlah dengan cara yang baik bukan caci atau memaki sesuka hati.

Pada pendapat Mr.PiNGu memang tidak wajar nak berkongsi gambar-gambar yang jelas menjatuhkan maruah dan juga memalukan pihak tersebut. Cukuplah sekadar memberi ulasan ringkas. Itu sebabnya saya hampir tidak pernah berkongsikan apa jua gambar yang tidak elok di blog saya. Sekiranya ada mungkin saya terlepas pandang atau mungkin itu adalah ketika saya mula berjinak-jinak membuat blog (masa itu belum ada pendirian tegur). Jika anda terjumpa tolong beritahu saya untuk saya remove.

Sekian sahaja. Saya juga mendoakan agar Amalina berjaya dan terus berjaya dan kembali ke Malaysia dengan imej yang lebih baik. Wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^