Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua~ ;)
Kisah Nur Amalina Che Bakri yang masih hangat masa kini telah membuatkan ibunya tampil memberi penjelasan. Antara penjelasan yang diberikan oleh ibunya adalah:
Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009. Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi.Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu
Menurut beliau lagi anaknya masih cemerlang dan kini sedang bertungkus-lumus untuk menyiapkan sebuah buku perubatan dan kini Nur Amalina sedang menjalani latihan amali di sebuah pusat perubatan terkemuka di UK. Beliau juga dijangka akan menamatkan pengajian pada Mei ini.
Beliau berkata anaknya telah menghubunginya melalui “Skype” dan menurutnya Amalina sudah lali dengan tomahan begini kerana ianya bukan kali pertama perkara ini terjadi. Mungkin ada orang CEMBURU dengan kejayaan anak saya selama ini,” katanya.
CEMBURU? mungkin ya sebahagian kita memang cemburu.. ni respond daripada salah seorang rakyat Malaysia:
mak moden, yg salah tetap bkn anaknya, yg salah bg dia tetap org yg sebarkan gambar gitu astagfirullahalazhim.. kalau mak den la, dah berbirat belakang den kena tali pinggang sbb pakai gitu dan berpeluk2 gitu. takpelah mak cik, mak cik dpt anak yg pandai di dunia, semua org termasuk mak cik bangga dgn kejayaan anak mak cik, org kurang pandai mcm kami dianggap seperti mendengki kejayaan anak mak cik, tapi kami yg kononnya mendengki ini akan terus mendoakan agar anak mak cik dibukakan pintu hatinya unt berubah, kami yg kononnya mendengki ini juga berdoa agar landasan hidup kami tidak tersasar meskipun kami tidak sesempurna mana. Semoga Allah kekalkan keimanan dan ketakwaan kami ke jalannya yg lurus dan benar, amin…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^