Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!~ ;)
Banyak-banyak air yang lazat-lazat yang diciptakan di muka bumi ini, air kencing syaitan juga menjadi pilihan hatimu! Manusia oh manusia, tahukan dikau betapa zalimnya dikau terhadap dirimu sendiri? Tahukah dikau akan azabnya minum air kencing syaitan tersebut? Seronok ya korang sambut tahun baru. Amerika sangatlah budaya korang tu? Mana nilai-nilai Islam dan nilai ketimuran yang ada pada anak-anak muda masakini? Baiklah, bacalah sendiri ulasan berita dibawah:
PETALING JAYA – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menahan 10 lelaki beragama Islam kerana kesalahan meminum arak dalam Ops Mungkar yang diadakan di sini pada awal pagi semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, operasi itu dibuat ekoran banyak pusat hiburan menganjurkan sambutan menyambut tahun baharu selain pihaknya menerima banyak aduan mengenai aktiviti itu.
“Jadi, kita telah menyerbu dua buah premis hiburan dan menahan seramai 23 orang belia Melayu. Kesemua mereka terdiri daripada sepuluh lelaki dan 13 wanita.
“Setelah diperiksa, 10 daripada mereka didapati meminum arak dan akan didakwa mengikut peraturan yang sedia ada,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Hasan yang mengetuai sendiri operasi yang bermula pukul 12 tengah malam hingga pukul 3 pagi itu memberitahu, kesemua individu terbabit takan diberi kaunseling khas di pejabat JAIS di Shah Alam pada 11 dan 12 Januari ini.
Difahamkan, rata-rata individu yang ditahan itu ialah pelajar institusi pengajian tinggi tempatan yang berusia antara 18 hingga 35 tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^