JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

WOW: Datuk Siti Nurhaliza mendapat 6 pencalonan Intune Music Awards

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua~ ;)

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dicalonkan dalam enam kategori di Intuned Music Awards 2011. Intuned Music Awards merupakan anugerah yang menghimpunkan artis dari seluruh dunia. Penyanyi lagu Biarlah Rahsia itu dicalonkan dalam kategori “Artis/Band Pilihan”, “Penyanyi Solo Wanita Terbaik”, “Album Terbaik”, “Muzik Video Terbaik”, “Penggunaan Media Sosial Terbaik” dan “Penyanyi Wanita Paling Seksi”.

Dalam kategori “Artis/Band Pilihan”, Siti bakal bersaing dengan Avril Lavigne, Kim Hyun Joong, Lady Gaga, Agnes Monica dan Super Junior. Manakala dalam kategori “Penyanyi Solo Wanita Terbaik, antara pesaing sengit Siti termasuk Taylor Swift, Shakira, Christina Aguilera, Lady Gaga, Agnes Monica dan Adele. Sementara dalam kategori “Album Terbaik 2011”, antara yang tercalon termasuk “All Your Love” Siti Nurhaliza, “21” Adele dan Born This Way” Lady Gaga.

Undi Siti Nurhaliza di laman www.intuned.com/awards

Lebih manis, hari ini merupakan hari ulangtahun Siti yang ke 33. Penyanyi itu bersama suaminya kini sedang bercuti di Dubai meraikan hari bahagia tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^