Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!~ ;)
Malam ini saya lihat tetiba sahaja nama si Nur Amalina Che Bakri ni meletop. Mungkin korang masih ingat tentang beliau yang telah berjaya mencipta kejayaan mengejutkan dalam SPM 2005 dengan memperoleh 17 A1. Dengan kepintaran luar biasa itu juga telah melayakkan beliau membuat A-Level di oversea sebelum menyambung pengajian dalam bidang perubatan di Edinburgh, UK.
Berita hangat macam ini memang menjadi perhatian para blogger khususnya untuk membuat artikel. Saya tidak pasti siapa yang discover benda ini dahulu tetapi yang pasti berita dah tersebar. Dalam Facebook punn ramai yang membincangkannya. Ramai yang memberi komen negatif apabila melihat imej terbaru gadis manis ini. Ya, orangnya memang lawa tapi imejnya sudah tidak Islamik lagi. Nak jadi model ke apa?
Ramai yang takut Nur Amalina ni ikut jejak langkah seorang pelajar pintar Malaysia sebelum ini iaitu Supiah yang dah tak taulah nak jadi apa. Saya berharap agar Nur Amalina ini kembali ke pangkal jalan. Mungkin kerana kejutan budaya disana. Maklumlah budak kalau tak teguh imannya mudah goyah. Kalau keimanan tebal di dada Insya-Allah benda-benda sebegini tak terjadi.
Alangkah sayangnya jika pelajar sebijak Amalina ni tidak berjaya dalam pengajiannya. Namun saya difahamkan pengajian beliau baik-baik sahaja yang berubah hanyalah penampilannya dan cara dia bersosial. Namun, alangkah baiknya jika kejayaan dalam pelajaran itu selari dengan kejayaan mengekalkan identiti Islamik.
Sebagai seorang rakyat Malaysia yang beragama Islam, saya menyeru agar rakan-rakan lain mendoakan agar Nur Amalina ini kembali kepada keadaan asal beliau. Mengeji, mengutuk dan menghambur kata-kata hinaan takkan memberi faedah melainkan untuk memuaskan nafsu amarah masing-masing. Daripada kita menambahkan dosa mengeji lebih baik kita mendoakan yang terbaik untuk beliau. Hati saya sangat berharap agar gambar-gambar tersebut adalah tidak tulen, walaupun hakikatnya saya rasa gambar itu tulen. Saya berharap agar Nur Amalina ingat asal usulnya, agamanya dan ingat jasa ibu bapa, guru serta kerajaan yang menanggung perbelanjaan pengajiannya.
Sekian sahaja daripada saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^