Salam.. seminggu rasanya tak update blog. Mr.PiNGu sudah sangat buzy lately. Nak siapkan proposal untuk my PHD nih. Ades pening2.. Ok la.. tadi duk buka satu forum tu ternampak la berita pasal ni. Memang terkejut juga akan tetapi tak menghairankan dalam dunia sekarang ini yang telah banyak berlaku perkara tak masuk akal.
Ok. Nak ulaslah mengenai berita ringkas yang Mr.PiNGu baca ni. Hal ini berkisah tentang nasib seorang isteri yang hampir disembelih suaminya yang hilang pedoman dan hilang kewarasan duk kerana menunggang arak! nasib isteri tersebut diselamatkan anak lelaki yang berusia 26 tahun. Dosa pahala tolak tepi janji puas! Itulah manusia.. Pelbagai minuman enak diluar sana yang dihalalkan oleh Tuhan namun air satu yang haram itu juga kau nak teguk?? Tak malukah? Tak rasa bersalah kah?
Teringat Mr.PiNGu mengenai hal sama berlaku dikalangan kawan-kawan Mr.PiNGu. Last week kami ada kursus di Pulau Tioman. Nak jadikan cerita one night tu boring-boring so ikut la kawan-kawan tu pergi jalan-jalan. nak dijadikan cerita ada dua orang awek nih ikut. My best friends la. Tiba-tiba kawan-kawan I ni berat untuk bagi kami ikut dia berjalan. Katanya nak pergi ke hujung pantai dan kawasan sana gelap sangat. Tak elok nak bawa perempuan. So, Mr.PiNGu pun bawalah dua orang kawan perempuan ini pergi melihat rakan lain memancing di Jeti.
Keesokan harinya, Kawan Mr.PiNGu tu berterus terang dengan Mr.PiNGu. Katanya sebab yang diorang tak mahu kami ikut adalah disebabkan ada dikalangan mereka yang mahu meneguk arak di satu kedai di tepi pantai. Dalam hati terkejut dan sangat marah. mana taknya mereka di rakan-rakan sekerja. Luar nampak Ok tapi tak sangka mereka ni berkahlak camni. Yang lebih menggeramkan saya, ada dikalangan Rakan yang duk berjudi sampai ke pagi. Mula-mula tak tahu tapi akhirnya syak juga sebab masing-masing duk cerita pasal menang besar and menang kecil plus taruhan 50 sen seringgit bla bla.. rupanya mereka berjudi!! Bagus lah tu dah minum arak puas-puas berjudi pula. Bukan sahaja satu dosa ko buat malah dua sekali! Eh! silap! bukan dua dosa malah ko tambah lagi dosa kerana korang memang tidak sembahyang. Aku perasan korang memang tak solat. Nak aku tegur dah besar panjang dan dah beranak bini pun. Aku solat depan korang, takkan korang tak terasa nak ikut solat gak? bukan aku nak menunjuk tetapi aku berniat nak sedarkan kamu je.
Sekian sahaja celoteh kali ini. Dilampirkan sedutan berita yang Mr.PiNGu nyatakan diawal perenggan.
KUALA LUMPUR: Berang ditegur kerana minum arak, seorang lelaki berusia 50-an cuba menyembelih isterinya dengan parang menyebabkan wanita itu cedera di tangan ketika cuba menyelamatkan diri dalam kejadian di rumah mereka di Wangsa Melawati, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, tindakan pantas anak lelaki pasangan terbabit berusia 26 tahun membantu menyelamatkan ibunya berusia awal 50-an daripada ‘disembelih’ bapanya.
Biarpun berjaya diselamatkan anak lelakinya, wanita terbabit cedera di kedua-dua tangan selepas terkena parang digunakan suspek dalam kejadian itu. Menurut sumber, kejadian itu bermula apabila mangsa menegur suaminya supaya berhenti meminum minuman keras kerana membazir selain berdosa.
TAGS: kesan minum arak, suami sembelih isteri, bermain judi daun terup, isu semasa, isteri cedera ditangan suami, bercuti di tioman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^