Salam..
Mr.PiNGu nak berkongsi sedikit tentang perkara ini. Selalunya jika hendak bermain di pantai ataupun nak jalankan aktiviti-aktiviti di laut, ramai berpesan untuk memakai sun block. Sebelum ini Mr.PiNGu tak begitu menghiraukan nasihat ini sehinggalah Mr.PiNGu mengalaminya sendiri. Azabnya hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Last week Mr.PiNGu pergi kurus snorking dan kayak di Pulau Tioman. Memang best sangat-sangat. Rasa nak pergi lagi melihat keindahan hidupan laut ciptaan Tuhan. Mr.PiNGu dengan rasa slumbernya mengenakan baju tanpa lengan semasa menjalankan aktiviti di laut. Apabila tengok instructor mengenakan tight penuh satu badan, Mr.PiNGu fahamla sebab apa mereka berbuat demikian. Lengan Mr.PiNGu terbakar! Bukan main-main.. Rasanya sama macam sedang melecur teruk! Tak caya korang ushala gambar dibawah ni:
Cetengok kulit Mr.PiNGu yang putih melepak tu dah jadi hitam terbakar. Bahagian yang putih tu adalah bahagian yang tak terdedah kepada cahaya matahari terik kerana Mr.PiNGu mengenakan baju. Yang hitam tu lengan sebab memakai baju tanpa lengan (Padan muka kau Mr.PiNGu!). Rasanya perkara ini takkan berlaku kalau Mr.PiNGu mengenakan sunblock. So hal ini akan dijadikan pengajaran yang sebaiknya.
Ok. Mengenai kulit yang telah terbakar ini. Mula-mula kena memang terasa perit. Pedih sangat-sangat. Daripada merah padam ia bertukar hitam. Dalam 3 hari selepas itu kulit mula menggelupas dan tertanggal. Namun begitu, lapisan kulit yang baru tidak juga cerah. Still gelap. Adoyai.. nampaknya kesan penembusan cahaya Matahari terik ni bukan sahaja di satu lapisan malahan ke lapisan yang keberapa dalam agaknya. So, amatlah penting melindungi kulit daripada sinaran UV yang sangat berbahaya buat kulit.
Sekian sahaja celoteh pendek untuk kali ini~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^