Hai.. Hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh sebahagian orang yang kononnya nak jaga keBERSIHan. Hehe... JOkes aje. Sejak beberapa minggu yang lepas, dah kecoh untuk membuat perhimpunan Bersih ni. Daripada pihak kerajaan memanglah sangat-sangat tidak mengalu-alukan perhimpunan HARAM ini (katanya). Apakah difinisi haram disini? Haram sebab tak dapat permit lah. Nak dapat permit camne korang ingat nak ke POLIS bagi permit? POLIS kan dibawah kawalan kerajaan barisan Nasional kenalah bertindak atas arahan kerajaan.
Banyak jalan yang disekat benar-benar menyusahkan para pengguna. Inilah harga yang perlu dibayar apabila polis menjalankan sekatan demi sekatan untuk menghalang perhimpunan ini dijalankan. Akan tetapi saya mendengar perhimpunan ini dah dapat kelulusan KERAJAAN untuk dibuat di stadium diluar Kuala Lumpur.
Now apa yang terjadi? Perhimpunan ini berjayakah? Sapa yang sertai? mengapa menyertai? kesan menyertai? Banyaklah persoalan disini. Nak tahu berjaya ke tidak korang nilaikan sendiri melalui gambar dibawah:
Pergh.. Lautan manusia disini. Rajin bebenor Rakyat negara kita ni kan kalau bab-bab macam ini. Bagaimanalah kerajaan tak hangin? Kalu bab-bab nak menentang kerajaan ni rakyat memang cukup suka. Tengok ajelah segala ceramah atau apa-apa sahaja aktiviti yang dijalankan oleh parti "Lawan" Kerajaan pastinya mendapat sambutan yang sangat-sangat menggalakkan tak kira cuaca hujan ribut tak mematahkan semangat mereka untuk menjayakan. Hal ini cukup berbeza dengan program anjuran Kerajaan. Bagilah tempat selesa dan juga makanan enak-enak namun yang datang sangat-sangatlah menyedihkan bilangannya.
Berbalik kepada BERSIH. Apa sebenarnya yang mereka mahukan? Adakah ingin mengajak rakyat membersihkan halaman taman mengadakan kempen kebersihan bandar besar-besaran? Oh! jawapanya tidak. Apa yang mereka mahukan adalah pilihanraya yang adil lagi saksama. Itu sahaja! Rakyat berhak bersuara dan mahukan keadilan. Itu yang mereka canangkan.
Saya difahamkan daripada sumber-sumber yang rapat dengan saya, kewujudan pengundi-pengundi hantu ini memang ada bukan cakap-cakap kosong. Kerana Pakcik saya juga pernah terlibat dalam siri pembenterasan pengundi-pengundi hantu yang cuba menipu. Biasa kita dengar tentang pengundi hantu ini namun adakah anda faham apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan pengundi hantu tersebut?
Pengundi hantu merupakan mereka yang mengundi tanpa mengikut undang-undang. Dari manakah mereka muncul?? Jawapannya.. Mereka datang daripada kawasan ataupun daerah juga negeri yang bukan tempat mereka bertanding. bagaimana berlaku perkara ini? Jawapannya ada pihak yang telah melakukan penipuan keatas daftar pemilih. Saya difahamkan mereka yang menjadi HANTU pilihanraya ini telah DIDAFTARKAN mengundi di lebih daripada satu kawasan. Ada pihak yang melakukan penipuan keatas daftar kad pengenalan. Maksudnya seorang pengundi boleh undi di lebih daripada satu tempat! Manakah keadilannya? Saya teringat semasa pilihanraya di tempat saya, pihak XXX memenangi kerusi tersebut dengan Majoriti lebih 10,000. Saya tertanya-tanya.. Ramai sangatkah pengundi di tempat saya ini? Tak nampak seramai itu pun.. Oleh sebab inilah salah satu alasan mengapa BERSIH diadakan mengikut kefahaman saya.
BERSIH hanya menuntut satu perhimpunan aman yang mahukan keadilan semasa perhimpunan akan datang. Namun begitu biasalah jika mengadakan perhimpunan besar-besaran ini akan menyebabkan banyak perkara tidak diingini berlaku. Mesti punya berlaku kekecohan, pergaduhan, kecederaan dan sebagainya. Inilah yang kita tidak mahu dan tidak ingini. Namun, hal ini mungkin dapat dikurangkan jika semua pihak memberikan kerjasama dalam menjayakan perhimpunan aman. Saya memang tidak ambil pusing tentang perhimpunan tersebut kerana saya tidak akan melibatkan diri dalam sebarang perhimpunan atau aktiviti seperti ini. Namun begitu ini bukan bermaksud saya tidak mengetahui tentang politik dan tidak memperdulikan politik. Kerana saya adalah jenis orang yang mengambil tahu dibelakang tabir. Saya rapat dengan keuda-dua belah pihak, Barisan Nasional dan Barisan Alternatif. Mana yang baik saya sokong dan mana yang kurang betul kita betulkan. Saya tidak bulat-bulat nak sokong mana-mana pihak kerana saya adalah pencinta kebenaran, keadilan, keamanan dan kebajikan semua pihak. Jika kerajan buat sesuatu yang baik kita sokong jika tersilap kita sedarkan. Begitu juga kepada pihak pembangkang. Jika mereka buat salah kita tegur. Hope semua pihak akan menjalankan tugasan mereka sebagai pemimpin dengan jujur, amanah dan penuh tanggungjawab.
Sekian sahaja celoteh petang ini.
TAGS: sekitar perhimpunan bersih, gambar perhimpunan bersih, bersih berjaya diadakan, dalang perhimpuna bersih, bersih dihalang polis, kerajaan membenarkan bersih, bersih mengadap yang dipertuan agong, bersih mahukan keadilan politik, pilihanraya yang telus objektif bersih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^