JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Senarai penuh keputusan APM 2011 dan ulasan

Hi! Baru sahaja berlangsung anugerah Planet Muzik. Mungkin ada yang tak menonton, maka disini Mr.PiNGu melampirkan keputusan penuh pertandingan tersebut. Anugerah Planet Muzik 2011 telah diadakan pada tarikh 15 Julai 2011 di Singapore.

Keputusan Penuh Anugerah Planet Muzik 2011 adalah seperti berikut..

VOKAL TERBAIK (ARTIS BARU WANITA)
Amanda Imani - Selamilah Cinta

VOKAL TERBAIK (ARTIS BARU LELAKI)
Sandhy Sondoro - Bunga Mimpi

VOKAL TERBAIK (DUO/KUMPULAN BARU)
Ana Raffali, Sohaimi Meor Hassan & Altimet - Kalau Berpacaran

DUO/KUMPULAN TERBAIK
Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Hamzah - 3 Suara

LAGU TERBAIK SINGAPURA
The Lion Story feat Zahidah - Lagu Teman

ARTIS SINGAPURA PALING POPULAR
Hady Mirza

LAGU TERBAIK MALAYSIA
Hafiz AF7 - Awan Nano

LAGU TERBAIK INDONESIA
Ari Lasso - Cintailah Aku Sepenuh Hati

LAGU SINGAPURA PALING POPULAR
Hady Mirza - Angkasa

LAGU SERANTAU PALING POPULAR
Hady Mirza - Angkasa

ARTIS LELAKI TERBAIK
Faizal Tahir (Malaysia)

ARTIS WANITA TERBAIK
Rossa (Indonesia)

KOLABORASI TERBAIK
Dayang Nurfaizah ft Marcell Omar

LAGU TERBAIK (KESELURUHAN)
Hafiz AF7 - Awan Nano

ANUGERAH KHAS PLANET MUZIK
Melly Goeslow

ALBUM TERBAIK
Elergi (KOTAK)

ARTIS SERANTAU PALING POPULAR SELAMA SEDEKAD
Dato’ Siti Nurhaliza

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Ada sedikit ulasan nak dibuat disini. Berkenaan Vokal terbaik duo berkumpulan yang dimenangi oleh trio Ana Rafali-Altimet-Suhaimi Mior Hassan, pada saya vokal mereka memang bagus dan sesuai dengan lagu. Lagu ni memang amat popular di Malaysia dan mempunyai pengaruh tersendiri. Tentang adakah mereka bervokal terbaik saya tak rasalah mereka terbaik. Mungkin ada yang lebih baik (Pilihan saya ialah trio Ning-Jac-Shila tapi tak pasti mereka dicalonkan tak untuk kategori ini)
http://komuniti.gempakz.org
Tentang duo berkumpulan terbaik yang dimenangi oleh trio Jac-Shila-Ning pada pendapat saya memang pilihan terbaik. Mereka memang hebat dan unik. Lagu mereka yang bertajuk dimana-dimana juga sangat popular dan sedap didengar. Vokal Shila Hamzah dan Ning Baizura cukup menyerlah. Jac seperti biasa.

Lagu terbaik Malaysia yang dimenangi oleh awan nano saya rasa pilihan yang cukup baik. Lebih-lebih lagi ciptaan komposer hebat M.Nasir. Lagu ini punya cerita tersendiri dan bermelodi yang indah.

Tentang kemenangan Hardy Mirza dengan lagu Angkasa untuk lagu popular serantau saya tak pasti adakah tepat. Sebab saya hampir tidak pernah mendengar lagu ini. Lebih popular lagu-lagu daripada band Indonesia.

Penyanyi Lelaki Terbaik dimenangi oleh Faizal tahir. Memang sangat menepati ramalan kerana hanya Faizal tahir yang produces album yang strong lately. tapi, persembahan faizal Tahir yang cukup teruk semasa malam APM dengan menyanyikan selamat malam sedikit sebanyak mencalarkan reputasi beliau yang dikenali bervokal hebat. Apa sudah jadi faizal Tahir? Tak sihat ataupun tak cukup persediaan?
http://komuniti.gempakz.org
Kemenangan Rossa untuk Penyanyi wanita terbaik adalah pilihan yang baik kerana Rossa cukup menonjol ketika ini. saya suka single Rossa yang pernah dinyanyikan oleh Ella iaitu lagu yang bertajuk Ku merindu. Pada saya, nyanyian Rossa lebih saya saya gemari. Jarang sekali saya menyukai lagu yang dinyanyikan oleh artis lain tetapi Rossa membawakan dengan gaya beliau sendiri dan gubahan muzik yang segar.

Dan akhir sekali tentang kehebatan Datuk Siti Nurhaliza yang mengekalkan kemenangan dalam kategori artis serantau paling popular (selama sedekat!) Siti tidak pernah dapat digugat oleh mana-mana artis lain sehinggakan APM mengumumkan tidak akan lagi mencalonkan nama datuk Siti Nurhaliza dalam pertandingan ini pada tahun hadapan untuk meberi laluan kepada artis lain. Pada pendapat saya tak perlulah. Mengapa nak ketepikan hak Siti disini? erm..
http://komuniti.gempakz.org
Sekian sahaja sedikit ulasan tentang beberapa kemenangan partis dalam beberapa kategori.

TAGS: Anugerah planet muzik APM 2011, Datuk Siti Nurhaliza artis serantau paling popular sedekat, Datuk Siti bersara daripada Anugerah planet Muzik, pemenang anugerah planet muzik, senarai penuh pemenang APM 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^