Salam..
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih. Jika Allah mahu sesuatu terjadi maka ia akan terjadi serta merta. Begitu juga jika Allah ingin memberikan hidayah kepada sapa sahaja yang dikehendakinya, maka tak kira sejauh manapun orang itu berada jauh di dalam kegelapan maka tidak mustahil mereka akan diberi cahaya petunjuk daripada Ilahi.
Hal ini juga terjadi kepada salah seorang pemain bola sepak Liga Inggeris yang telah dijatuhkan hukuman penjara. Nampaknya, masuk penjara bukanlah satu yang teruk untuknya kerana beliau telah ditemukan dengan keindahan Islam. Ikuti kisah selanjutnya dibawah:
Ternyata, penjara tak selamanya bererti bencana dan duka nestapa. Bilik gelap berjeruji besi ini bahkan boleh menjadi nikmat seumur hidup. Setidak-tidaknya, itulah yang dialami oleh Marlon King, seorang striker bola sepak dalam Liga Inggeris (Premier League).
Penjara benar-benar membuat Marlon King menemukan kebenaran hakiki dalam hatinya. Striker 29 tahun yang pernah diikat oleh kelab Wigan Athletic ini memeluk agama Islam, dan menukar namanya menjadi Hamza.
King, di masukkan ke penjara Wayland, selepas menerima hukuman 18 bulan penjara oleh mahkamah Southwark Crown, London, Jumat (30/10/2009). striker ini dihadapkan atas kesalahan memukul seorang wanita muda di Revue Bar di daerah hip London, Soho, December 2008 silam. Bukan itu saja, pengurusan kelab pun bersetuju untuk memutus kontraknya, padahal ketika itu King tengah merayakan kehamilan isterinya serta menjaringkan gol dalam perlawanan, beberapa jam sebelumnya.
Selama di penjara, Marlon belajar agama Islam setelah bertemu dengan Abu Hamza Tariq, yang dihukum tujuh tahun mulai tahun 2006 lalu.
Kini, Marlon menganggap Abu Hamza sebagai pahlawan hidupnya. Sebagai muallaf, Marlon kini menjadi Muslim yang taat, dengan menjalankan kewajipan solat lima waktu, tidak memakan makanan yang haram, dan menjaga persaudaraan sesama Muslim.
Seperti yang di siarkan The Sun, Marlon juga sering bertemu dengan Abu Hamza Tariq yang hanya mempunyai satu tangan tersebut. Tidak hanya itu, Marlon juga membincangkan masalah jihad, serangan 9 / 11 di New York dan perang di Afghanistan.
"Marlon berubah dari seorang yang buruk dan kini berpindah menjadi muslim. Dia memuji Abu Hamza sebagai pahlawan, meskipun dia tahu, risikonya dia dibenci orang ramai, "tegas sumber dalam The Sun.
"Marlon bahkan akan mengislamkan keluarganya ketika dia keluar dari penjara akhir tahun ini. Ini bukan sementara, ini perubahan menyeluruh. Marlon membaca buku mengenai Islam berjam-jam di telefon genggamnya, "papar sumber dalam tersebut.
Selamat datang dalam Islam, King. Semoga kamu menjadi "striker" di jalan Allah.
TAGS: petunjuk cahaya illahi, saudara baru meemluk islam, mendapat hidayah Allah, Islam itu indah, pemain bola sepak memeluk Islam di dalam penjara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^