JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Google Indeks Topik Blog Anda di Page Pertama?

Salam..

Saya pasti kepada penulis blog, anda pasti mahukan pelawat yang ramai menjengah blog anda. Selain melakukan Ziarah-menziarah antara blog (Blogwalking), kempen di Facebook dan juga twitter, anda juga mahukan pelawat datang disebabkan engine carian terutamanya daripada google.com.
http://komuniti.gempakz.org
Mr.PiNGu juga begitu. Banyak juga research yang Mr.PiNGu buat untuk mendapatkan trafik yang baik. Daripada ilmu bacaan sedikit sebanyak tau la juga contohnya tentang teknik yang cukup popular iaitu SEO. SEO stand for Search Engine Optimization. Bayangkan jika anda membuka sesuatu topik, bukan anda sahaja pernah membuka topik itu malahan mungkin ribuan atau puluh ribuan blogger atau pengguna website lain pernah membincangkan perkara tersebut walaupun isinya tidaklah begitu menyamai. So, bagaimanakah anda dapat memenangi pesaing anda dalam mendapatkan bukan sahaja berada di Muka pertama engine carian malahan mendapat tempat di POST pertama! Maksudnya, anda merupakan JUARA antara ribuan yang lain!

Mr.PiNGu taklah begitu arif. Namun begitu dari segi apa yang Mr.PiNGu tahu, paling penting ialah TAJUK TOPIK ANDA! Anda perlu menggunakan tajuk topik yang mempunyai kemungkinan besar digunakan dalam carian engine oleh pengguna. Saya harap anda faham. Anda janganlah menggunakan Tajuk topik yang ala-ala akbar tempatan iaitu bikin suspen dimana jika tak baca isi kandungan anda tak tahu tentang apa. Menulis topik blog adalah sebaliknya. Anda perlu memilih tajuk blog yang menerangkan apa sebenarnya topik yang anda tulis dengan jelas! Saya bagi contoh:

Azlan dan Karim nak tulis topik tentang perlawanan bola sepak antara arsenal menentang Malaysia. Topik banyak berkisar tentang Arsenal membelasah Malaysia sebanyak 4-0. Jadi mereka berdua startlah mengulas dengan cukup baik. Akan tetapi Azlan menggunakan tajuk ini:

"Malaysia kena belasah lagi"

Manakala Karim menggunakan tajuk ini:

"Keputusan Perlawanan Arsenal Menentang Malaysia: Malaysia tewas lagi"

Agak-agak anda la manakah antara topik mereka berdua yang akan dipilih di page teratas carian google? Saya yakin anda sendiri boleh menentukan. Justeru dengan sedikit Ilmu ini saya gunakan di blog saya. Hasilnya, banyak juga keywords yang menempatkan Blog saya di tangga teratas carian google! Banyak juga topik saya yang mendapat tempat pertama daripada berpuluh ribu isu yang sama! Tak percaya saya tunjuk sedikit:


Ok. Gambar diatas menunjukkan tajuk topik web saya berkenaan kaedah mengira interest loan kereta mendapat tempat pertama dalam carian engine google. Saya mendapat hit yang cukup tinggi daripada topik ini setiap hari. Then lihat pula gambar dibawah:


Ok gambar diatas menunjukkan kedudukan Blog Mr.PiNGu berada pada post pertama engine carian untuk keywords "ayat persahabatan". Actually topik ni dah lama dan saya mendapat hit yang tinggi untuk topik ini sejak berbulan-bulan lamanya. Saya tak pasti mengapa blog saya diindeks di post pertama.. But tadi saya check guna engine carian, kedudukan Blog saya sudah jatuh di post ketiga. But still ia berada di page pertama engine carian dan kemungkinan mendapat hit masih tinggi. Then satu lagi keywords saya guna. Lihat gambar dibawah:


Topik ini berkenaan pasangan suami-isteri yang sedang hangat sekarang ini iaitu Siti Sarah Raissuddin dan Shuib Sepah. Actually masa awal-awal dulu, Blog Mr.PiNGu mendapat tempat pertama untuk engine carian namun sekarang sudah jatuh kerana makin ramai orang menulis cerita pasal mereka. namun begitu saya bersyukur kerana Blog saya masih berada di page pertama engine carian dan masih mendapat hit setiap hari. Ok. Cukuplah untuk 3 contoh diatas.

Kesimpulanya, pilihlah tajuk yang paling mesra SEO untuk mendapatkan hit yang tinggi dalam engine carian. Selain itu, anda perlulah membanyakkan membuka topik-topik dengan huraian yang panjang dan berkualiti. Kerana google lebih suka topik-topik yang banyak isi dan unik.

Sekian sahaja tips ringkas daripada Mr.PiNGu. Semoga berjumpa lagi~

TAGS: teknik mendapatkan ranking tinggi dalam carian google.com, teknik SEO yang berkesan, cara mendapatkan trafik tinggi, cara meningkatkan ranking blog, 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^