JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Pak Cik Nuffnang.. Maafkan diriku.. Kembalilah kepadaku



Salam semua.. Petang ni PiNgu nak berborak balik pasal Nuffnang.. Sebelum masuk ke dunia blogger, PiNGu start dengan Forum. Nak create Forum memang susah. banyak kene belajar. Lepas berjaya create forum, aku pun berkenalan dengan Dunia pengiklanan Online ni. semua pun atas info member-member forum. Thanx to them. Mula-mula aku belajar gune google adsense, satu syarikat pengiklanan terkemuka dunia. to be honest, sampai sekarang pun aku banyak lagi tak tahu pasal adsense ni. but, ok la. aku hanya tau dua benda je.. nak set google for search and google for content. dua benda ni pun da boleh menjana pendapatan pada aku and aku pun dah dapat payment pertama dari google.. sesen pun aku xgune lg.. sayang sgt2.. haha

Ok.. berbalik pada topik asal. selepas guna google adsense, aku dapati adsense ni betul-betul slow.. aku xtahu almost tak de earning masuk tiap-tiap hari aku check, even ada klik. so, aku berkenalan la pula dengan Pak Cik Nuffnang.

Masa awal-awal aku guna Nuffnang ni, aku rasa best gak. sebab aku dapat banyak iklan yang mahal. ada yang sampai RM3. aku xpasti masa tu iklan tersebut disebabkan klik atau buffer earning. But aku rasa sebab klik. tapi mostly aku yg klik iklan tu sendirik. sampai aku pernah dapat warning dari nuffnang. Maafkan aku Pak Cik Nuffnang sebab aku melukaimu. selepas itu aku dah xklik-klik lagi iklan aku.. tq sbb Pak Cik Nuff tak band aku.

Pasal Buffer... To be honest, aku tak pernah pasan aku dapat buffer earning. aku hampir pasti aku tak pernah dapat buffer seperti rakan-rakan blogger lain dapat. aku tak tahu apa silapnya. Traffic forum aku okay and banyak gak pelawat datang setiap hari. disebabkan nuffnang ni aku dapat pay per click, so, amat menyedihkan la bla xder orang nak klik. Nanges je aku sorang-sorang bila setiap kali updates aku dapat sen sen je.

Lepas tu, ada kawan kenalkan aku dengan adverlets, satu syarikat pengiklanan yang tak perlukan klik dari iklan yang kita dispaly tapi berdasarkan impression. Okay, lepas pasang adverlets, Pak Cik Nuff terus merajuk dengan aku dengan membuang status Glitterati. aku sedar aku yang bersalah kerana menduakanmu. selepas itu, aku telah remove adverlets dari kehidupan forumku kerana earning dari impression sangat-sangat tak memberangsangkan.

setelah aku ceraikan adverlets, Pak Cik Nuffnang sedia maafkan aku and kembali memberikan status Glitterati kepadaku. Terima kasih banyak-banyak. selepas itu, earning aku menjadi okay sedikit.

Dijadikan cerita, aku ni tamak juga.. setelah diceritakan oleh kawanku ini tentang ke"best"an satu syarikat Advertising baru, iaitu "Innty", membuatkan aku nak join. Asalnya aku xnak duakan Pak Cik Nuffnang tetapi setelah sebulan berfikir aku cuba Innity. Hasilnya memang memberangsangkan. Pak Cik Innity pay me boleh kata 10x lebih banyak dari nuffnang.

Akan tetapi, aku masih berharap nak mendapat buffer earning dari Pak Ck Nuffnang.. Aku bercadang, start next week, aku xkan lagi menduakanmu pak Cik Nuffnang.. But, aku takkan ceraikan Pak Cik Innity ku sayang. Maka untuk berlaku adil, Aku akan bersamamu di blog ya Pak Cik Nuffnang dan aku berjanji xkan menduakan kamu.. Since aku tau kamu sangat-sangat sayang blogger. kerana aku pun mula jatuh cinta dengan dunia blogger.

Pada masa yang sama, aku akanmembawamu pergi dari Forum kesayanganku.. Since kau pun tidaklah berapa gemar ditempatkan di Forum disebabkan kamu sangat kedekut nak bagi iklan di Forum.. berbanding blog.

So, aku akan kekalkan Pak Cik Innity di forumku, Since dia sangat gemar Forumku dan memberikan banyak earning kepadaku..

Hanya satu aku minta.. Pak Cik Nuff.. setelah aku menatangmu bagai minyak yang penuh di Blogku kelak, Harapanku agar kau mengembalikan status Glitteratiku dan hadiahkanlah daku Buffer earning...

Aku tau pak Cik Nuffnang.. Kau masih menyayangku lagi...

Sekian.. Madah Pingu dipetang hari... penat weh mengarang nie.. uhuk2..




1 ulasan:

  1. adoyai.. nuffnang ni makin rancak keluarkan iklan.. xputus2 tapi earning xdak.. >.<

    aku rasa mcm rugi je.. tapi nak buat macamana dah terlalu ramai blogger guna nuffnang ni.. macam dah xde exclusivity.. huhuu

    BalasPadam

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^