JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Menantu bill gates

Bapa: Ayah mahu kahwinkan awak dengan gadis pilihan ayah
Anak: Tapi ayah saya sudah ada pilihan saya sendiri
Bapa: Tapi gadis ni anak Bill Gates
Anak: oo kalau camtu oklah!

Kemudian bapanya berjumpa Bill gates

Bapa: Saya ada calon suami untuk anak gadis anda
Bill Gates: Tapi anak gadis saya terlalu muda untuk berkahwin
Bapa: Tapi anak muda ni bakal Vice president Bank Dunia
Bill Gates: oo kalau camtu oklah!

Akhirnya Bapa pemuda tersebut berjumpa dengan Presiden Bank Dunia

Bapa: Saya ada calon untuk Vice President Bank Dunia
Presiden Bank Dunia: Tapi saya sudah ada calon untuk Vice President
Bapa: Tapi calon saya ni adalah menantu Bill Gates
Presiden Bank Dunia: oo kalau camtu oklah!

Kuda dan Anjing

3 ekor kuda dalam kandang sedang berborak mengenai kisah hidup mereka.

Kuda 1: Dalam 15 perlumbaan yang terakhir ini, aku menang 8 darinya.

Kuda 2: Oh! Dalam 27 perlumbaan yang aku sertai, aku menang 19

Kuda 3: Wau... itu memang bagus. Aku pulak, dalam 36 perlumbaan, aku menang 28.
(dengan bangganya sambil menggoyang2 ekornya).

Saat ini, kuda2 itu baru perasan, ada seekor anjing yang sedang asyik mendengar perbualan mereka.

Anjing: Aku tak berniat untuk menunjuk. Tapi, dalam 90 perlumbaan yang aku sertai, aku menang 88 darinya.

Kuda2 itu amat terpegun. "Wow!", serentak ketiga-tiga ekor kuda tersebut terperanjat, setelah masing2 terdiam sejenak.

Anjing boleh bercakap bahasa kuda?"

3 Anak Pengusaha Minyak

Suatu hari 3 kanak-kanak berkumpul, mereka adalah anak kepada jutawan minyak yang kaya. Mereka bangga dan sombong dengan kehebatan bapa mereka.

Budak 1 : "Wooi, korang tau tak bapak aku adalah raja minyak tanah!! Sekali gali tanah keluar minyaknya."


Budak 2 : "Alah! baru macam tu dah bising. Bapak aku adalah raja minyak kayu!! sekali tebang kayu keluar minyaknya."

Budak 3 : "Hah!! macam tu pun nak sombong sangat ke... korang belum tau, bapak aku adalah raja minyak angin..!! Sekali buang angin keluar minyaknya."

Budak 1 Budak 2 : ""

Modern fairytales



Little Red Ridding Hood when not so Little..



Snow White with her happily ever after life



Princess Jasmine from Aladdin


Rapunzel sebenarnye pakai rambut pelesu

Rumpun Melayu / Nusantara yang dilupakan

dipetik dari artikel di http://ibnurusydi.blogspot.com/2 ... un-melayu-yang.html

Penduduk asli Taiwan terbahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama terdiri daripada sekitar 12 etnik dan tinggal di pedalaman Taiwan. Mereka menolak untuk berasimilasi dengan orang China. Golongan kedua, Pingpu, sekitar 10 etnik telah bercampur baur dengan orang-orang China. Bahasa dan budaya asli mereka telah punah disebabkan mereka tidak lagi menyedari bahawa mereka adalah keturunan pribumi Taiwan.

Pneumatic rubber fenders


Pneumatic rubber fenders is a leading anti-collision device for marine application in the world today. This compressed air rubber fender is used as a protective medium. Therefore, pneumatic rubber fenders serves as a protective medium against collision when ship-to-ship contact (STS) and ship-to-berthing (STB). Pneumatic fenders has the advantages of massive energy absorption with low unit surface pressure acted upon the ship. So penumatic fenders has become an ideal ship protection medium used extensively by large tankers, LPG vessels, ocean platforms, large docks, harbor and wharfs.

Evolusi Faizal tahir

FAIZAL Tahir. Daripada bekas anggota kumpulan nasyid berubah kepada penyanyi rock. Tiada siapa yang kenal siapa Faizal ketika itu tetapi kini dia mencipta nama antara penyanyi lelaki hebat.

Tidak lama, kira-kira empat tahun selepas menjadi naib juara program realiti One In A Million (OIAM), nama Faizal Tahir terukir dengan tersendirinya dalam dunia muzik ini. Tiada siapa yang belum lupa dengan kontroversi membuka bajunya dalam satu konsert menyebabkan dia tidak dibenarkan muncul di kaca TV - satu hukuman keras yang pertama kali dikenakan oleh penyanyi kita.
Dia juga tidak diizinkan membuat persembahan di Perlis. Namun, seperti watak adiwira idolanya, Faizal memang macam Superman. Kekangan dan sekatan itu tidak melunturkan semangatnya. Muncul bertongkat pada Anugerah Juara Lagu TV3 tahun lalu kerana kesakitan kakinya menunjukkan keazaman penyanyi ini.

Badai gosip juga tidak lari daripada Faizal Tahir. Bapa kepada tiga anak ini turut dikaitkan dengan beberapa wanita. Sikapnya yang tiba-tiba mendiamkan diri dan tidak mahu dihubungi media juga adalah antara perubahan watak penyanyi ini.

Perjalanan kejayaan yang dikecapi dalam masa yang singkat mendorong individu lain menuruti jejak langkahnya. Apa yang diinginkan individu itu adalah semangat untuk bangkit dalam menempuh cabaran hidup.

Empat tahun berada di dalam industri hiburan pelbagai kisah suka duka ditempuhi sendiri namun di sebalik itu, penyanyi, pengubah lagu dan penulis lirik, Faizal Tahir masih berjaya dalam kariernya dengan menggondol pelbagai pengiktirafan muzik sepanjang itu.

Baru-baru ini, dia adalah aAntara panel terbaik yang dipilih stesen radio Hot FM di dalam penganjuran julung kalinya bengkel muzik, Bengkel Kita Punya. Faizal Tahir, 32 berkongsi pengalaman menerusi topik yang diberikan iaitu Kisah Kejayaan Artis.

Saya tidak mahu berkata jadilah seperti saya tetapi saya tahu setiap orang mempunyai perjalanan sendiri. Nasihat saya jadilah diri sendiri. Selepas menjadi public figure apa saja yang kita buat, tidak kiralah betul atau salah, tetap mendapat perhatian. Bersedialah dengan kekuatan mental dan fizikal, katanya.

Dalam pada itu, Faizal Tahir juga tegas mahu membetulkan persepsi masyarakat menganggap dirinya berubah daripada imej nasyid kepada rock yang dianggap tidak bersih.

Ramai menganggap saya bermula dengan nasyid. Itu salah. Saya sudah mula dengan muzik rock semasa bersekolah lagi saya ada menyertai beberapa band rock. Nasyid ini saya sertai ketika di universiti dan kebetulan duduk serumah dengan anggota Mirwarna.

Mereka tahu saya meminati muzik dan faham dengan aliran muzik (rock) saya. Mereka juga sering melihat saya sering menghabiskan masa membuat lagu sendiri dalam bilik. Selepas melihat kecenderungan saya di dalam bidang muzik, saya dipujuk menyertai mereka dan alasan mereka kukuh untuk memberi pembaharuan di dalam muzik nasyid sekiranya saya menyertainya.

Saya setuju tetapi tidak menandatangani apa-apa kontrak bersama mereka. Niat saya hanya untuk membantu kawan dan menyempurnakan album mereka. Saya juga membantu mereka mempromosikan album, katanya.

Terpikat tawaran RM1 juta

Saya ada membuat pinjaman duit dengan ayah untuk membuka studio. Buat asas studio saja sebab memang saya minat untuk buat lagu. Nak dijadikan cerita, dua tahun selepas membuka studio, ada keluar promosi pertandingan One In A Million (OIAM) dan pada masa yang sama sudah banyak program realiti nyanyian keluar masa itu.

Saya juga tak pernah terlintas untuk masuk mana-mana pertandingan realiti nyanyian tetapi apa yang membuatkan saya tertarik dengan OIAM adalah hadiah utamanya bernilai RM1juta dan sebab itu jugalah saya menyertainya.

Secara jujurnya memang ditanya sebab apa masuk OIAM, saya jawab hadiahnya cukup lumayan dan tidak timbul untuk menjadi selebriti.

Masa itu mula memasang angan-angan, sekiranya dapat duit itu saya gunakan untuk sambung belajar dalam bidang muzik di Berkley, Amerika Syarikat. Itulah cita-cita saya. Apabila balik, saya ingin beri sumbangan kepada industri muzik tanah air, katanya yang menerima panggilan telefon daripada Ahmad Izham tidak sampai seminggu selepas terkeluar daripada OIAM untuk menyertai Monkey Bone sekali gus mengubah hidupnya sebagai penyanyi popular tanah air.

Sepanjang empat tahun itu juga, dia menyimpan kisah yang sukar dilupakan dan berharap itu antara kisah terburuk dan terakhir buat dirinya.

Peristiwa yang tidak boleh lupakan adalah isu buka baju dan semua orang tahu kejadian itu. Harap-harap itulah yang paling teruk dan terakhir terjadi pada diri saya.

Bila berlaku perkara itu saya terpaksa akur sebab kesilapan diri sendiri. Saya tidak salahkan sesiapa, memang pada masa itu saya tidak tahu apa yang boleh dan tidak. Lebih-lebih lagi saya dibesarkan dengan melihat konsert rock antarabangsa yang ada benda seperti itu.

Saya menerima hukuman paling berat iaitu terpaksa melakukan kerja amal selama tiga bulan. Selain itu ada jugalah cerita lain seperti PTPTN, kes rumah tangga saya goyang dan macam-macam lagi. Ini semua memerlukan kekuatan mental untuk menghadapinya, katanya yang yang akan mengadakan persembahan pembukaan selama 30 minit pada konsert penyanyi tersohor Lubnan, Nawal Al-Zoghbi di Kuala Lumpur Covenstion Centre (KLCC) pada 2 Ogos ini.


Forth Hokage Vs Uchiha Madara


Hai.. yesterday, I really enjoy reading new series of Naruto manga. It is about Uchiha Madara who was destroy Konoha with his control over Kyubi was stopped by Forth Hokage, Minato. I really surprises that Minato can defeat Madara. How skill he is! Cool man. Now we know that Madara can be defeated with God Thunder Move like the forth used. I hope Naruto can somehow discover this tecnique not only to defeat Madara but to face sasuke too! To fight Sasuke, Naruto need the fast movement!

It can be concluded that Madara was such a loser! Like Itachi said before. He lost not only ones but twice!! Haha.. He can't defeat Sodai Hokage and then, He even lose to the young Shinobi like Forth Hokage haha.. How funny he is.


Datuk Siti Nurhaliza - Artis terhebat sepanjang zaman


Ok nak coretkan sedikit tentang artis kesayangan ramai ni. Datuk Siti Nurhaliza memang tidak dapat dinafikan dengan kehebatan Vokalnya. Cakap saja apa jenis lagu, beliau mampu menyanyikannya dengan gayanya tersendiri dan banyak lagu yang lebih hidup dengan sentuhan Vokalnya yang satu dalam sejuta itu. disamping kehebatan Vokalnya, datuk Siti Nurhaliza dikurniakan paras rupa yang menawan yang bisa mencairkan hati sesiapa sahaja yang memandangnya.


Keperibadiannya juga terserlah disebalik kelembutan dan sikap rendah diri yang ditonjolkan selama ini. disebabkan sifatnya yang down to earth itulah beliau disayangi ramai dan dikagumi dari dahulu sehingga hari ini. kedudukannya dalam industri seni suara semakin utuh seolah-olah tiada sesiapa mampu menggugat kedudukannya sebagai penyanyi tersohor negara.

Dialah datuk Siti Nurhaliza.. artis terbaik yang pernah dilahirkan oleh industri seni tanahair. 15 tahun sudah bertapak namun dia sentiasa mekar dihati peminat-peminatnya

KL Gangster Filem terbaru Syamsul Yusof


Filem terbaru Sentuhan Syamsul Yusof, KL Gangster rancak jalani penggambaran untuk papar dunia kongsi gelap

KEJAYAAN filem box-office seperti Evolusi KL Drift, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam dan Evolusi KL Drift 2 yang menampilkan sedikit elemen gangsterism, mendorong pengarahnya, Syamsul Datuk Yusof Haslam untuk menghasilkan sebuah karya terbaru mengenengahkan 100 peratus kegiatan gangster, lalu terhasillah KL Gangster, buah tangan kelima daripada sutradara muda berbakat besar ini.

Bagi Syamsul, dia sebenarnya sudah lama menanti peluang dan merencana untuk menghasilkan karya yang berkisar gangsterism atau kegiatan kongsi gelap, namun hanya menjadi kenyataan selepas mengutip pengalaman daripada tiga filem aksi yang dihasilkannya sebelum ini. Kejayaan Evolusi KL Drift 2 memberi impak paling besar kepadanya apabila menerima maklum balas peminat, ramai yang menggemari watak Aaron Aziz sebagai gangster atau pengedar dadah berhati tegar!

“Akhirnya hajat saya untuk menghasilkan sebuah filem yang menampilkan 100 peratus elemen gangsterisme tercapai juga. Menerusi KL Gangster, saya cuba mengupas dan menyelongkar kegiatan kongsi gelap secara lebih mendalam. Namun, tidak dinafikan, idea pembikinan KL Gangster dipengaruhi filem aksi dari Hong Kong seperti Young & Dangerous.

“Pun begitu, pengalaman menghasilkan tiga filem aksi sebelum ini banyak membantu mengembangkan idea supaya KL Gangster nampak lebih segar daripada sudut persembahan dan jalan ceritanya. Lagipun belum ada filem kita yang memaparkan genre aksi yang berkonsepkan gangsterisme atau kongsi gelap 100 peratus, justeru saya mengambil kesempatan ini untuk memberi lebih variasi kepada penghasilan karya tempatan.

“Sebelum ini Evolusi KL Drift memaparkan aksi perlumbaan dan kejar mengejar menggunakan kereta drift, sebaliknya KL Gangster lebih memberi fokus kepada babak pergaduhan atau street fighter. Filem ini memberi penekanan kepada gejala negatif seperti kongsi gelap, pengedaran dadah dan pil khayal, aktiviti pelacuran serta perebutan kawasan jajahan samseng yang menjadi tanda aras dunia gangsterisme di negara ini,” kata Syamsul ketika ditemui di sebuah pusat hiburan di Ampang Park, Kuala Lumpur, yang dijadikan lokasi penggambaran KL Gangster, Selasa lalu.

Namun, Syamsul mengakui pihaknya sudah bersedia sekiranya KL Gangster diklasifikasikan sebagai 18PL oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) apabila filem berkenaan menemui penonton selewat-lewatnya awal 2011. Dia menambah, hanya berdasarkan tajuk filemnya saja, ia berkemungkinan tidak sesuai untuk tontonan umum.

Katanya lagi, dia sekurang-kurangnya mampu menghela nafas lega apabila skrip KL Gangster mendapat kelulusan daripada pihak polis apabila mereka turut memberi khidmat nasihat supaya penghasilan filem yang berteraskan kongsi gelap itu tidak keterlaluan dan bertentangan dengan norma kehidupan masyarakat tempatan.

“Apa yang dipaparkan menerusi KL Gangster hanyalah sebahagian daripada realiti gangsterism, bukannya 100 peratus aktiviti sebenar kongsi gelap.

“Namun, risikonya tetap ada. Apabila saya menggunakan judul KL Gangster, khuatir juga ada pihak yang mungkin beranggapan bandaraya seperti Kuala Lumpur dipenuhi dengan gangster dan tidak selamat dikunjungi.

“Namun, pembikinan KL Gangster hanya sebuah karya rekaan semata-mata untuk tujuan hiburan, justeru saya amat berharap orang ramai akan berfikiran terbuka,” katanya lagi.

Akui Syamsul, kesukaran pembikinan filem ini lebih menjurus kepada penggunaan dialog kerana kebanyakan pelakon melontarkan kata bual menerusi slanga orang Cina, selain watak dibawakan Aaron dan Adi yang sering bergaduh, kerap mengundang kecederaan seperti bengkak badan, terseliuh dan luka kecil. Namun, penggambaran terpaksa diteruskan juga apabila mereka terpaksa diurut di lokasi sekiranya berlaku kecederaan.

INFO: KL Gangster
GENRE: Aksi drama
TERBITAN: Skop Productions Sdn Bhd
PENGARAH: Syamsul Datuk Yusof Haslam (filem kelima arahannya)
PENOLONG PENGARAH: Rizal Ashreff
SKRIP: Syamsul dan Rizal
PENGARAH FOTOGRAFI: Omar Ismail
PENGURUS PRODUKSI: Isma Reza dan Nasrul Afifi Mohd Nayan
KAREOGRAFI AKSI: Mohd Razif Salimin
TEMPOH PENGGAMBARAN: 9 Jun 2010 hingga 15 Julai 2010
LOKASI: Sekitar Kuala Lumpur & Melaka Bandaraya Bersejarah
PELAKON: Aaron Aziz sebagai Malik, Syamsul (Shark), Adi Putra (Jai), Soffi Jikan (Ajib), Adam Corrie (Dragon), Ridzuan Hashim (King), Zizan Raja Lawak (Fadil) dan Sheera Iskandar (Zati)
KOS PRODUKSI: sekitar RM1.8 juta
JANGKA TAYANG: Awal 2011.

Aksi terlampau, Seks, Lucah & Skandal, video 3gp


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. WeLCoMe to my iGLoO!


Heloo semua. Saje je aku bagi satu tajuk yang panas... haha.. dengan harapan ramai yang masuk thread ni. So, kepada yang tertipu dengan tajuk tu. sorry ye. aku xberminat nak tepek video atau gambar berkaitan seks, aksi terlampau, lucah atau apa-apa skandal.

Lelaki ego? Wanita sensitif?


hai semua. saje nak bukak topik ini. lelaki dan wanita adalah individu yang diciptakan oleh Tuhan dengan sifat-sifat yang berbeza dan fizikal yang saling berbeza. namun, perbezaan ini menjadi pelengkap diantara satu sama lain. topik kali ini adalah berkenaan "ego" dan "sensitif"

Yuna - penyanyi berbakat besar

Yuna.. satu nama yang cukup simple.. sesimple orangnya.. but apa yang penting, muzik yang dibawakannya.. segar! Yuna.. seorang Muzikal yang "brilliant" .. Muzik yang dibawakannya cukup tersendiri dan segar menepati citarasa muda mudi masakini. percaturan gadis ini cukup berjaya. bermula dengan single "Dan sebenarnya" benar-benar menaikkan nama gadis kecil molek ini. personally I terpikat ketika pertama kali mendengar lagu tersebut.. suaranya yang sempoi bersahaja cukup menarik.. saya membayangkan dia seorang gadis seksi yang manja.. namun, fikiran sy silap kerana dia gadis manis bertudung! mmg bagus sekali penampilannya. tak perlu sexy untuk berjaya.

single "dan sebenarnya" benar-benar membawa tuah kepada gadis manis ini apabila berjaya mendapat tempat ke-2 dalam Anugerah Juara lagu ke 25 manakala di Anugerah Industri Muzik, lagu ini berjaya mendapat anugerah Lagu Terbaik.

Yuna.. saya kira satu bintang yang memberi dimensi baru dlm Muzik tanah air.. semoga beliau lbh success pada masa-masa akan datang.

Tiga unsur api


Pertama sekali, cuba kita lihat kenapa munculnya api. Sains mennjelaskan bahawa, api akan terjadi apabila wujudnya 3 unsur iaitu oksigen, bahan bakar dan suhu.Ia juga dikenali dengan istilah segitiga api. Apabila ketiga-tiga tersebut wujud dan bergabung serentak, maka wujudlah apa yang kita namakan nyalaan api. Oleh yang demikian, untuk memadamkan api salah satu daripada ke tiga unsur itu harus dipisahkan atau dihilangkan. Dengan kata lain, rantaian segitiga api perlu diputuskan.

Sel cetak boleh membantu luka mangsa kebakaran

(PhysOrg.com) -- A medical devicethat works rather like an inkjet printer is being developed in the US to healburns and other wounds by "printing" skin cells directly onto thewound. The device, called a bioprinter, may reduce the need for skin grafts. Itwould be mounted on a wheeled frame and positioned over the bed of the patient.

A laser inside the bioprinter, which was developed at Wake Forest University School of Medicine in Winston-Salem,North Carolina, first measures the size and shape of the wound and then applies specific skin cells precisely where they are needed. The skin cell spray is produced by dissolving cells from pieces of skin and then separating cell types such as keratinocytes and fibroblasts. The purified cells are then incubated in a nutrient solution where they multiply. They are then placed into sterilized cartridges and sprayed onto the wound by a similar process to amulti-color inkjet printer, with the fibroblasts sprayed on first followed by a layer of keratinocytes. The sprayed-on cells form a protective shield for the wound.

The device has so far only been tested on mice, but the initial results show wounds heal quickly and safely, with wounds healing three weeks faster than those that were untreated. Professor of regenerative medicine at the University, George Christ, said the group would next test the device on pigs,who have skin resembling human skin. They will eventually apply for approval from the US Food and Drug Administration to allow them to carry out human trials. The team is also liaising with the USArmed Forces Institute of Regenerative Medicine with the aim of producing a device that could be used to treat wounded soldiers in Afghanistan and Iraq.

Victims of severe burns can die of infection within a couple of week sunless if they do not receive skin grafts, but the grafts can leave serious scarring. In the bioprinter the skin cells became integrated in the surrounding skin, which the researchers said was probably because the sprayed cells included immature stem cells. Student Kyle Binder, who helped design the device said when the cells were put into the wound, they “know what to do”.

© 2010 PhysOrg.com

P/s: masalah kekurangan "skin" boleh dibendung ngan segera...

cth lain : sesiapa mmg sejak azali mempunyai penyakit thrombocytopena yang mana wound take long time to repair, ini agak berbahaya sbb darah sentiasa mengalir keluar, so skin tiruan ini sedikit sebanyak membantu menutup lubang luka tersebut....

Tasik Terpanas sejak 1500 tahun


GAMBAR menunjukkan beberapa ekor badak sumbu berendam di Tasik Tanganyika di Burundi pada 12 Mei lalu.



PARIS – Tasik Tanganyika yang merupakan tasik kedua paling dalam di dunia kini mengalami suhu panas buat kali pertama dalam tempoh 1,500 tahun, kata beberapa saintis semalam.