JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Tasik Terpanas sejak 1500 tahun


GAMBAR menunjukkan beberapa ekor badak sumbu berendam di Tasik Tanganyika di Burundi pada 12 Mei lalu.



PARIS – Tasik Tanganyika yang merupakan tasik kedua paling dalam di dunia kini mengalami suhu panas buat kali pertama dalam tempoh 1,500 tahun, kata beberapa saintis semalam.


Saintis berkata, suhu panas itu turut mengancam industri perikanan di tasik berkenaan.

Jurnal Nature Geoscience melaporkan suhu permukaandi perairan tasik itu mencecah 26 darjah Celsius yang merupakan suhu yang belum pernah berlaku sejak 500 Tahun Masihi.

“ Penduduk di kawasan tengah Afrika bergantung kepada tangkapan ikan dari Tasik Tanganyika sebagai sumber protein yang utama,” kata pakar sains geologi di Universiti Arizona, Profesor Andrew Cohen.

Kira-kira 10 juta penduduk di Burundi, Tanzania, Zambia dan Republik Demokratik Congo bergantung kepada tasik itu yang membekalkan sumber air untuk minuman. – AFP

1 ulasan:

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^