Bekas suami Nora Danish akui cintai Fasha Sanda
KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama mendiamkan diri, akhirnya Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai bersuara mengenai hubungannya dengan pelakon popular, Fasha Sandha.
Menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada wartawan Berita Harian, semalam, lelaki itu mengaku dia dan Fasha pasangan kekasih, sebagaimana diakui pelakon wanita itu baru-baru ini.
Pada majlis sidang akhbar drama Duyung Aridinata minggu lalu, Fasha buat kali pertama tampil membuat pengakuan dia dan Jejai menjalinkan hubungan cinta.
Sebelum itu, pasangan berkenaan sering kali berteka-teki mengenai hubungan mereka, walaupun ruangan gosip pelbagai media seakan dapat menghidu corak sebenar perhubungan itu.
“Ya! Memang kami sedang menjalinkan hubungan,” katanya ketika mengulas artikel yang mempersoalkan kesahihan hubungan mereka seperti yang disiarkan ruangan ‘Jeling Kak Pora’, dalam Berita Minggu, Ahad lalu.
Harapan Jejai, selepas kenyataan yang dianggapnya cukup ‘jelas’ itu dikeluarkan, tidak akan ada lagi artikel yang berbentuk demikian disiarkan media.
Jejai yang turut menghubungi Berita Harian bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai hubungannya dengan aktres itu.
Katanya, kenyataan dihantar menerusi SMS itu sudah memadai buat waktu ini.
Hubungan Fasha dengan bekas suami pelakon Nora Danish itu antara perkembangan paling mendapat perhatian media serta peminat sejak beberapa tahun lalu.
Rabu lalu, Fasha mendakwa mereka sudah saling mengenali sejak tujuh tahun yang lalu.
Hubungan yang pada awalnya bersifat persahabatan biasa akhirnya bertukar menjadi percintaan, Mei lalu, apabila lelaki terbabit membuat kejutan menaiki helikopter semata-mata mahu bertemu dengan Fasha, yang ketika itu menjalani penggambaran di Lang Tengah, Terengganu.
Fasha turut mengakui menerima cincin bertatahkan berlian daripada Jejai sebagai lambang cinta.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^