JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Kesetiaan oleh Siti Sarah Raissuddin, lagu balada terbaik


Hai.. malam ni nak cerita sedikit tentang lagu ciptaan komposer terkenal Ajai lirik oleh Musrad (Exits). Lagu ni bertajuk kesetiaan nyanyian penyanyi terkenal Siti Sarah Raissuddin. Lagu ni popular sekitar tahun 2002 dan 2003 iaitu ketika awal kemunculan Sarah.

Lagu ini pada pendengaran saya amat menarik. Melodinya indah sekali. Vokal emas Siti Sarah menjadi bonus buat lagu ini. Pada pendapat saya ini salah satu lagu Balada paling cemerlang pernah dicipta di Malaysia. Walaupun sudah lapan tahun berlalu, saya masih kerap memutarkan lagu ini. Sebab beribu kali dengar pun saya tak akan jemu.

Lagu kesetiaan ini benar-benar menunjukkan kedrebiliti Ajai sebagai Komposer berbakat juga Siti Sarah sebagai penyanyi cemerlang. Walaupun lagu ini indah, namun tiada sesiapa lagi pada pendengaran saya mampu menyanyikan lagu ini sebaik penyanyi asalnya. Mungkin, lagu ini hanya untuk Siti Sarah seorang. Semua penyanyi yang menyanyikan lagu ini pasti merosakkan keindahan melodinya. Sedih sangat. Tadi saya layan youtube dan terlihat ika AF8 menyanyikan lagu ini semsa konsert pertama AF8. Amat menyedihkan kerana dia hanya merosakkan keindahan lagu ini sahaja.

Sebenarnya, Siti Sarah Raissuddin benar-benar penyanyi yang memiliki Vokal emas yang sukar ditandingi artis tempatan lain. Jika anda tidak percaya, dapatkan koleksi lagu sarah dari ketiga-tiga album yang pernah dilahirkannya dan anda tidak akan menyangkal pendapat saya. Mungkin rezeki tidak menyebelahi gadis genit ini kerana namanya sering kali tenggelam. Mungkin kerana dia tidak memiliki rupa yang menawan. Teapi dia benar-benar mempertaruhkan bakatnya yang hebat.

Kepada Siti Sarah, jangan berputus asa. Teruskan mengeluarkan produk berkualiti kerana sememangnya ramai peminat anda diluar sana yang menantikan kemunculan anda dengan seleksi lagu-lagu terbaru. Sudah lebih 5 tahun sarah tak mengeluarkan Album baru. Ini benar-benar satu kerugian kepada peminat industri seni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^