JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Operasi Aritmetik

Aritmetik (bahasa Greek: αριθμός; arithmos, angka) merupakan cabangan paling lama dan paling asas matematik dan digunakan oleh hampir semua orang dalam kehidupan harian. Ia didefinisikan sebagai kajian yang merekod ciri asas pelbagai operasi melibatkan nombor. Aritmetik berhubung rapat dengan teori nombor matematik.

Operasi aritmetik

Penambahan (+)
Operasi ini mencampurkan dua nombor (atau lebih) kepada satu nombor baru iaitu jumlah.

Penolakan (-)
Penolakan merupakan operasi songsang penambahan. Hasil penolakan, iaitu perbezaan merupakan hasil tolakan subtrahend dari minuend. Kalau nilai minuend lebih besar daripada subtrahend, perbezaan akan menjadi nomobr positif, dan vice versa. Kalau minuend sama dengan subtrahend, perbezaan akan menjadi sifar.

Pendaraban (×)
Pendaraban merupakan penambahan berkali-kali. Pendaraban antara dua nombor, dipanggil faktor menghasilkan hasil darab. Indentiti pendaraban ialah nombor 1, kerana apa-apa nombor yang didarab dengan 1 akan menghasilkan nombor itu yang sama.

Pembahagian (÷)
Pembahagiab pula merupakan songsang operasi pendaraban. Pembahagian satu nombor oleh satu nombor yang lain menghasiklan hasil darab. Pembahagian sesuatu nombor oleh nombor sifar akan menghasilkan nombor tak tertakrif.

Lain
Operasi aritmetik lain termasuk peratus, punca kuasa dua, pengeksponenan, dan fungsi logaritma.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^