JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Evolusi Faizal tahir

FAIZAL Tahir. Daripada bekas anggota kumpulan nasyid berubah kepada penyanyi rock. Tiada siapa yang kenal siapa Faizal ketika itu tetapi kini dia mencipta nama antara penyanyi lelaki hebat.

Tidak lama, kira-kira empat tahun selepas menjadi naib juara program realiti One In A Million (OIAM), nama Faizal Tahir terukir dengan tersendirinya dalam dunia muzik ini. Tiada siapa yang belum lupa dengan kontroversi membuka bajunya dalam satu konsert menyebabkan dia tidak dibenarkan muncul di kaca TV - satu hukuman keras yang pertama kali dikenakan oleh penyanyi kita.
Dia juga tidak diizinkan membuat persembahan di Perlis. Namun, seperti watak adiwira idolanya, Faizal memang macam Superman. Kekangan dan sekatan itu tidak melunturkan semangatnya. Muncul bertongkat pada Anugerah Juara Lagu TV3 tahun lalu kerana kesakitan kakinya menunjukkan keazaman penyanyi ini.

Badai gosip juga tidak lari daripada Faizal Tahir. Bapa kepada tiga anak ini turut dikaitkan dengan beberapa wanita. Sikapnya yang tiba-tiba mendiamkan diri dan tidak mahu dihubungi media juga adalah antara perubahan watak penyanyi ini.

Perjalanan kejayaan yang dikecapi dalam masa yang singkat mendorong individu lain menuruti jejak langkahnya. Apa yang diinginkan individu itu adalah semangat untuk bangkit dalam menempuh cabaran hidup.

Empat tahun berada di dalam industri hiburan pelbagai kisah suka duka ditempuhi sendiri namun di sebalik itu, penyanyi, pengubah lagu dan penulis lirik, Faizal Tahir masih berjaya dalam kariernya dengan menggondol pelbagai pengiktirafan muzik sepanjang itu.

Baru-baru ini, dia adalah aAntara panel terbaik yang dipilih stesen radio Hot FM di dalam penganjuran julung kalinya bengkel muzik, Bengkel Kita Punya. Faizal Tahir, 32 berkongsi pengalaman menerusi topik yang diberikan iaitu Kisah Kejayaan Artis.

Saya tidak mahu berkata jadilah seperti saya tetapi saya tahu setiap orang mempunyai perjalanan sendiri. Nasihat saya jadilah diri sendiri. Selepas menjadi public figure apa saja yang kita buat, tidak kiralah betul atau salah, tetap mendapat perhatian. Bersedialah dengan kekuatan mental dan fizikal, katanya.

Dalam pada itu, Faizal Tahir juga tegas mahu membetulkan persepsi masyarakat menganggap dirinya berubah daripada imej nasyid kepada rock yang dianggap tidak bersih.

Ramai menganggap saya bermula dengan nasyid. Itu salah. Saya sudah mula dengan muzik rock semasa bersekolah lagi saya ada menyertai beberapa band rock. Nasyid ini saya sertai ketika di universiti dan kebetulan duduk serumah dengan anggota Mirwarna.

Mereka tahu saya meminati muzik dan faham dengan aliran muzik (rock) saya. Mereka juga sering melihat saya sering menghabiskan masa membuat lagu sendiri dalam bilik. Selepas melihat kecenderungan saya di dalam bidang muzik, saya dipujuk menyertai mereka dan alasan mereka kukuh untuk memberi pembaharuan di dalam muzik nasyid sekiranya saya menyertainya.

Saya setuju tetapi tidak menandatangani apa-apa kontrak bersama mereka. Niat saya hanya untuk membantu kawan dan menyempurnakan album mereka. Saya juga membantu mereka mempromosikan album, katanya.

Terpikat tawaran RM1 juta

Saya ada membuat pinjaman duit dengan ayah untuk membuka studio. Buat asas studio saja sebab memang saya minat untuk buat lagu. Nak dijadikan cerita, dua tahun selepas membuka studio, ada keluar promosi pertandingan One In A Million (OIAM) dan pada masa yang sama sudah banyak program realiti nyanyian keluar masa itu.

Saya juga tak pernah terlintas untuk masuk mana-mana pertandingan realiti nyanyian tetapi apa yang membuatkan saya tertarik dengan OIAM adalah hadiah utamanya bernilai RM1juta dan sebab itu jugalah saya menyertainya.

Secara jujurnya memang ditanya sebab apa masuk OIAM, saya jawab hadiahnya cukup lumayan dan tidak timbul untuk menjadi selebriti.

Masa itu mula memasang angan-angan, sekiranya dapat duit itu saya gunakan untuk sambung belajar dalam bidang muzik di Berkley, Amerika Syarikat. Itulah cita-cita saya. Apabila balik, saya ingin beri sumbangan kepada industri muzik tanah air, katanya yang menerima panggilan telefon daripada Ahmad Izham tidak sampai seminggu selepas terkeluar daripada OIAM untuk menyertai Monkey Bone sekali gus mengubah hidupnya sebagai penyanyi popular tanah air.

Sepanjang empat tahun itu juga, dia menyimpan kisah yang sukar dilupakan dan berharap itu antara kisah terburuk dan terakhir buat dirinya.

Peristiwa yang tidak boleh lupakan adalah isu buka baju dan semua orang tahu kejadian itu. Harap-harap itulah yang paling teruk dan terakhir terjadi pada diri saya.

Bila berlaku perkara itu saya terpaksa akur sebab kesilapan diri sendiri. Saya tidak salahkan sesiapa, memang pada masa itu saya tidak tahu apa yang boleh dan tidak. Lebih-lebih lagi saya dibesarkan dengan melihat konsert rock antarabangsa yang ada benda seperti itu.

Saya menerima hukuman paling berat iaitu terpaksa melakukan kerja amal selama tiga bulan. Selain itu ada jugalah cerita lain seperti PTPTN, kes rumah tangga saya goyang dan macam-macam lagi. Ini semua memerlukan kekuatan mental untuk menghadapinya, katanya yang yang akan mengadakan persembahan pembukaan selama 30 minit pada konsert penyanyi tersohor Lubnan, Nawal Al-Zoghbi di Kuala Lumpur Covenstion Centre (KLCC) pada 2 Ogos ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^