Erra diingatkan supaya jangan melakukan aksi berlebih-lebihan
BELUMPUN teater muzikal Tun Mahathir dipentaskan, sudah timbul persoalan adakah pembabitan Erra Fazira sebagai Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali nanti memang sepadan dengan ciri-ciri isteri kepada mantan Perdana Menteri keempat? Adakah dengan Erra yang memiliki susuk tubuh tinggi lampai dan wajah jelita, boleh menimbulkan gambaran kurang tepat mengenai fizikal Dr Siti Hasmah? Bagaimanapun, itulah yang penonton akan saksikan apabila teater Tun Dr Mahathir dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 24 September nanti.
Sememangnya Erra terlalu cantik pada pandangan mata Siti Hasmah. Fizikal pelakon itu juga dianggap terlalu sempurna, berbeza sekali dengan dirinya. Bagaimanapun, bagi produksi CTRA, Erra menjadi pilihan kerana wanita itu memilik beberapa persamaan dengan Tun Siti Hasmah.
Menatap kembali potret lama Dr Siti Hasmah ketika zaman muda, wajahnya dikatakan memiliki iras Erra Fazira. Kelembutan tutur kata Dr Siti Hasmah juga kononnya saling tidak tumpah seperti Erra. Jadi, tiada pelakon lain yang dirasakan oleh penerbitnya, Siti Rohaya Attan sesuai membawakan watak itu melainkan Erra.
Erra Fazira yang ditemui pada majlis pengumuman barisan pelakon Muzikal Tun Mahathir di Istana Budaya, berkata dia sudah menemui Dr Siti Hasmah dan menyifatkan wanita itu bersikap terbuka malah mengizinkan untuk menghubunginya jika mempunyai sebarang kemusykilan dengan watak yang dibawanya (Erra).
“Tun (Dr Siti Hasmah) kata kalau ada sebarang pertanyaan, saya boleh merujuk kepadanya pada bila-bila masa. Dari situ, saya tahu beliau tidak suka jika wataknya dibawakan secara berlebih-lebih. Sebenarnya saya lebih kepada takut dan gementar membawakan watak tokoh yang disayangi. Apa lagi tokong itu masih hidup.
“Watak yang saya bawakan lebih kepada ketika zaman beliau di universiti sehingga berkahwin. Jadi setakat itu saja kajian yang perlu saya lakukan untuk membawakan watak Tun Dr Siti Hasmah. Saya terkejut mendapat tahu dari mulut Tun sendiri bahawa beliau seorang yang agresif dan lasak. Dia dibesarkan di samping adik beradik lelaki dan hanya beliau saja perempuan, jadi sikapnya sedikit tomboi. Bagaimanapun, Tun mula berhenti bersukan apabila berkahwin dengan Tun Dr Mahathir.
“Selain itu, untuk menghidupkan lagi watak Tun juga, Erra perlu melalui cabaran bermain dengan solekan dan rambut dari zaman Tun muda, remaja hinggalah pada usianya sekarang,” kata Erra yang sebelum ini pernah berlakon di dalam teater Selendang Ummi kira-kira 10 tahun yang lalu.
Bakal bergandingan dengan Erra membawakan watak Tun Dr Mahathir adalah dua pelakon drama tidak asing, Esma Daniel dan Zizan Nin. Kedua-duanya membawakan watak Tun dalam era berbeza. Zizan membawakan watak Dr Mahathir di zaman mudanya iaitu ketika di bangku sekolah hinggalah ke zaman universiti, manakala Esma Daniel pula sebagai Dr Mahathir yang sudah aktif dalam politik.
Tidak seperti Erra Fazira, Esma dan Zizan masih lagi belum berpeluang bersemuka dengan mantan Perdana Menteri itu. Menjadi harapan mereka supaya dapat bertemu dengan Bapa Pemodenan Negara itu satu hari nanti supaya mereka dapat berkongsi kisah hidup, sekali gus membantu mereka untuk lebih menghayati watak sebagai seorang Dr Mahathir.
“Saya kena buat seperti Tun (Dr Mahathir), perwatakan dia, cara Tun bercakap. Sumber saya adalah kepada youtube, kebetulan Tun sendiri banyak menulis buku. Jadi, buku-buku itu saya jadikan panduan untuk menghayati wataknya.
“Mujur saya hidup di zaman pemerintahannya, jadi sedikit sebanyak saya masih ingat lagi perwatakan beliau. Watak saya lebih kepada zaman selepas Tun berkahwin dan zaman beliau menjadi Perdana Menteri.
“Saya berterima kasih kepada pihak produksi kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk membawakan sebuah watak yang besar seperti ini. Saya ambil tanggungjawab diberikan ini dengan rasa terharu dan bangga,” kata Esma yang pertama kali beraksi di dalam sebuah pementasan besar.
Jika pelakon lain tertekan kerana perlu membawakan watak tokoh yang masih hidup, Zizan pula lebih bimbangkan gerak tari yang perlu dipelajari untuk teater muzikal itu. Soal nyanyian, tidak begitu dibimbangkan pemuda ini kerana mungkin ramai yang tidak tahu sebelum ini pernah menyanyi di majlis keramaian yang dihadiri oleh orang kenamaan.
“Tidak ada apa yang perlu dirisaukan, saya hanya perlu jalankan bahagian saya dengan baik. Kritikan bagi saya adalah perkara biasa. Perkara yang membimbangkan saya hanyalah kepada tarian kerana selain perlu menghafal skrip dan lirik lagu, saya juga perlu menari.
“Sudah lama saya berhasrat untuk berlakon dalam teater, saya sendiri pernah menyatakan kepada media sebelum ini yang saya teringin berlakon dalam muzikal.
Tetapi baru kini peluang itu datang, sebelum ini ada juga beberapa tawaran tetapi kebanyakannya seperti tidak serius mengundang saya. Sebaliknya, saya nampak kesungguhan CTRA yang datang semula kepada saya untuk meminta persetujuan dari saya,” katanya yang menjadi Tun ketika muda.
Sementara itu, Pengarah Muzikal Tun Mahathir, Rosminah Mohd Tahir pula berkata, populariti bukanlah keutamaan untuk mencari watak Tun Mahathir kerana yang penting adalah kecintaan seseorang pelakon itu terhadap bekas pemimpin negara itu.
“Seseorang pelakon itu perlu ada kecintaan kepada Tun supaya mereka boleh membawakan watak itu dengan baik. Pertama saya memilih fizikal, kemudian pemikiran dan wajah. Saya juga tidak mahu terlalu muda atau tua tetapi Esma datang tepat pada waktunya. Hanya dengan sekilas pandang, saya melihat ada wajah Tun dalam diri Esma.
“Sebenarnya nak merealisasikan watak Tun bukanlah mudah. Saya perlu teliti kerana Tun sudah mengingatkan, apa saja yang ingin kami lakukan perlulah berdasarkan kepada fakta,” kata Rosminah.
Hadir pada majlis memperkenalkan barisan pelakon muzikal Tun Mahathir ialah isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Ketua Pengarah Istana Budaya, Juhari Shaarani.
Muzikal Tun Mahathir yang menelan kos sebanyak RM 2.8 juta itu akan dipentaskan di Panggung Sari Istana Budaya bermula 24 September dan berakhir pada 4 Oktober. Latihan intensif untuk teater itu pula bermula pada 18 Julai.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^